Simpanan semakin menyusut ? |
1. Mengeluarkan Simpanan Tanpa Tujuan Penting
Kebanyakan kita gemar mengeluarkan simpanan semata-mata untuk perkara-perkara remeh dan tidak penting contohnya mengubahsuai kereta atau melancong ke luar negara.
2. Tiada perancangan awal
Akibat tidak merancang pengurusan kewangan boleh membawa kesan buruk kepada diri dan juga keluarga anda. Contoh pengurusan belanjawan bulanan. Kesannya anda terpaksa mengeluarkan simpanan untuk menampung kekurangan dibulan-bulan berkenaan.
3. Sukar Mengikis tabiat boros
Boros atau belanja diluar kemampuan yang melebihi pendapatan merupakan tabiat yang mengundang kepada masalah kewangan. Ada sesetengah diantara kita yang suka bergaya mewah, sedangkan itu melebihi pendapatanya. Apabila terdesak maka wang simpanan yang menjadi mangsa, atau lebih teruk lagi buat `loan' dari Ah Long.
4. Tiada perbincangan bersama
Bagi anda yang sudah berumahtangga jangan sesekali membelakangkan suami atau isteri terutama sekali dalam soal kewangan. Meletakkan tanggungjawap kepada sebelah pihak boleh membawa kepada krisis kewangan kelak. Adalah lebih baik anda berbincang bersama pasangan anda sebelum membuat keputusan untuk mengeluarkan simpanan. Selagi boleh cuba bertahan daripada menyentuh simpanan anda itu.
5. Tiada simpanan bulanan
Kebanyakan kita hanya menyimpan jika terasa ingin menyimpan sahaja. Sikap ini hendaklah diubah. Anda patut menetapkan berapa RM yang hendak disimpanan setiap kali gaji misalnya melalui potongan gaji. Melalui kaedah ini anda tidak perlu `mencuri' masa kerja untuk pergi ke bank/pejabat pos untuk menyimpan.
Itu sahaja yang dapat Dila kongsikan. Nantikan insallah ditopik-topik yang lain pula. Jika ada komen dan cadangan Dila amat berbesar hati jika anda boleh melontarkan dibahagian komen. Terima kasih.
Iklan Pendek
- Bacaan Al-Quran Online
- Dapat bayaran setiap 30 saat
- Anda tidak pernah terfikir begitu senang buat duit.
- Ingin 1,000,000 traffic percuma ? Klik sini
- Pendapatan dari internet,
- Open Payment Processor Here. 100% Free
- Malaysian Most Trusted Affiliates
- Download E-Book Percuma
- Dapatkan Traffik Percuma Disini
- Find Your Side Income - Zero Investment
- Ingin jadi penterjemah,
- Ingin mencari barang kecantikan dan kesihatan murah
- Susah sangat cari `referral' ke mudah ke?. Ketahui Teknik Termudah
No comments:
Post a Comment