Followers

Search This Blog

Monday, December 10, 2012

Teknik Ransang Anak Rajin Belajar

Kecemerlangan anak menjadi kebanggaan setiap ibubapa: Ihsan SKKB
Hari ini Dilah ingin berkongsikan beberapa teknik mudah untuk merangsang anak-anak anda untuk belajar. Sempena cuti sekolah ini adalah baik kita mulakan dari sekarang kerana tidak lama lagi sekolah akan buka.

1. Menyediakan keperluan belajar anak secukupnya. Sebagai ibu bapa, keperluan anak seperti buku tulis, buku tambahan, soalan-soalan peperiksaan tahun lalu, pen, pensil dan pemadam perlu diperhati dan disediakan.  Ini kerana bagi sesetengah anak, ia perkara besar. Ada ketikanya menjadi bahan ejekan rakan. Oleh itu, sentiasa semak keperluan belajar anak dan pastikan lengkap.
2. Semak beg anak-anak kita dari semasa ke semasa. Kenapa perlu? Sebab apa-bila semak, kita tahu selama ini anak-anak menyiapkan kerja sekolah atau tidak. Mungkin ada surat-surat penting dari pihak sekolah kepada kita.
Dengan menyemak beg anak, kita memastikan anak-anak tidak hilang fokus terhadap pelajaran.


3. Sentiasa meletak jangkaan bahawa anak boleh berjaya. Ramai ibu bapa yang memandang rendah kebolehan anak-anak mereka.
Ada yang tidak membelikan buku-buku tambahan atas alasan bukan anaknya suka membaca. Ada menolak dari memasukkan anak mereka ke program motivasi atas alasan bukan anaknya boleh berubah.
Malah, ada yang merasakan anak mereka bukan boleh cemerlang pun dalam pelajaran.
Sikap ibu bapa inilah yang merugikan anak-anak. Anak-anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang sentiasa mencari ruang dan peluang meningkatkan prestasi pelajaran mereka.

Ibu bapa dalam kategori ini tidak pernah mengalah atau berputus asa dalam membimbing anak-anak dan sentiasa percaya bahawa pasti ada cara terbaik bagi membantu mereka. Pendekatan mereka dengan anak-anak sentiasa kreatif dan fleksibel bagi merangsang minat anak belajar.

4. Peraturan dibuat bersama. Apabila ibu bapa mahu menetapkan waktu belajar, bermain dan rehat, cuba babitkan anak-anak dalam mengaturnya.
Minta pandangan dan persetujuan mereka. Peraturan yang dibuat bersama lebih mudah diikuti dan dipatuhi berbanding peraturan yang datang sepenuhnya dari ibu bapa.

5. Nyatakan ganjaran. Memberikan ganjaran setiap kali anak-anak berjaya mendapat markah atau kedudukan yang baik dalam peperiksaan mendorong mereka belajar.
Ibu bapa perlu bijak memikirkan apakah bentuk ganjaran yang disukai anak dan mampu membuatkan mereka bersemangat belajar.
Ganjaran mestilah sesuatu yang jelas dan boleh digambarkan seperti ibu bapa mungkin berkata, “jika adik dapat nombor satu, ibu akan belikan adik basikal baru”.
Basikal adalah suatu objek yang boleh digambarkan dengan jelas. Ini ditambah pula, sememangnya anak kita sudah lama meminta kita belikan basikal baru, maka ganjaran pasti menaikkan kemahuannya belajar.
Sebaliknya apabila ibu bapa berkata, “Jika adik dapat nombor satu, ibu akan berikan satu hadiah yang mahal dan sesuatu yang adik sangat mahukan,” tidak membawa apa-apa erti kepada anak dan tidak mendorongnya belajar. Sebab anak tidak mampu menggambarkan.


6. Cari peluang memuji anak. Cuba kita menjadi lebih sensitif dan prihatin terhadap tingkah laku anak. Apabila kita memerhatikannya, pasti ada banyak peluang kita memuji secara positif.

Puji anak ketika dia melakukan sesuatu yang betul. Puji juga anak apabila dia menunjukkan peningkatan dalam pencapaiannya.
Dengan memuji, anak tahu apa yang kita suka dan berusaha mengulangi tingkah laku atau perbuatan itu di masa depan.
Jika selama ini anak tidak pernah mahu belajar kecuali apabila disuruh, tetapi hari ini secara tiba-tiba dia mengulangkaji tanpa perlu diberitahu maka pujilah dia.


7. Masukkan dia ke program motivasi yang selalu diadakan semasa cuti sekolah.
Ada ketikanya mereka mahu belajar tetapi tidak tahu cara, tidak tahu di mana mahu bermula, merasakan terlalu banyak yang perlu dibaca, sukar menghafal dan mengingat, kerap hilang fokus atau mengantuk. 

Melalui program motivasi memberikan peluang kepada anak-anak untuk meningkatkan estim diri, kemahiran sosial, kualiti kepimpinan dan kemahiran belajar.  Sumber

Untuk topik berkaitan,


 
Susah sangat cari `referral' ke mudah ke?. Ketahui Teknik Termudah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Banner Nadilah @ Dila

MELAYUBESTARIKU2

Sharing

MelayuBestari : Berita Sana- Sini

Buka Mata

GENERASI PEJUANG BANGSA

Labels

1 December 2009 1 malaysia 1000 langkah sehari 11 September 2011 901 Free Anwar AJL 2009 ALOR GAJAH Adap Menyambut Hari Raya Advice Agong ke 14 Aircon Aizat Al-Quran dibakar Allah Ambang 2011' Ambiga Sreenevasan Anjing Pencuri Kasut Awie Terima Kasih Ayam Azean Irdawaty Bag udara Bahaya Jering Bantal Peluk Barisan Nasional Belacan Belut Masuk Pundi Kencing Benjy BioMalaysia2010 Biotechcorp Bola Sepak Bola sepak Kelayakan OlimpikZonAsia Buang bayi Bulan Ramadhan Chinese New Year DAP Dato Anuar Ibrahim Dato Hassan Ali Dato Najib Tun Razak Dato Najib isytiharkan melaka maju2010 Dato Siti nurhaliza Datok K Datuk Sosilawati Lawiya Daulat Tuanku Deepavali 2011 Diwali Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 Elak Makan Di Meja Kerja Environmental Friendly Practices At Home Erni Dekritawati Yuliana Buhari Escalator FMM Faizal Yusof meninggal dunia Financial Planning Fitness and Diet Friendlyatheist Gabenor Negara Gay Sec Gereja H1N1 Malaysia Haji Bakhil Bin Kedut Hajjah Siti Al Wuzara Happy AIDS Day Happy New Year Happy New Year 2010 Hari Ibu Haram Hari Pekerja 1 Mei 2011 Harimau Malaya Hell Hospital Sultanah Aminah Ibrahim Ali Indonesia Info kesihatan Investment Isteri curang JAIS Japanese Jogging Sambil Curi Coli John Harwood Hick Johor KL KLCC KPDNKK Kalimah Allah Kampen Kurang Gula Kapit Jering Karam Singh Walia Katy Lim Li Lian Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan 2012 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kenangan DiBulan Ramadhan Keputusan Pilihanraya Kecil Tenang Ketidakseimbangan Gula Dalam Darah Komen Anda Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Koperasi dan Kepenggunaan Kutuk Pengetua Labu Labi Lawak Hari Ini Leonardo da Vinci Lim Guan Eng Luwack coffea Madah Bercinta Mak Nyah Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara Make money from hair Malaysia Broadband War Malaysia vs Bahrin 2011 Malaysian Apostate Manusia Sampah Maulidur Rasul 2010 Melaka Maju 2010 Mengelakkan Kecurian Kereta Merry Christmas Mesin Paling Hebat Didunia Motivation Namewee P Ramlee PAP PAS PKR Pathmanabhan Pelancongan Gay Pelatih PLKN Pen Spinning Pencuri Troli Pengemis Pengistiharan Melaka Maju 2010 Penyakit Umat Perhimpunan Bebas Anwar 901 Peringatan Personal Motivation Petua Rumah Petua.khasiat bawang putih Petua.putus cinta Piala Kelayakan Dunia Peringkat Asia Piala Thomas2010 Poor Old Man falls down Program Mukhayyam Program Skim Bantuan 1 Malaysia Program Transformasi Kedai Runcit Resepi Revolusi politik SIngapura Salam Maal Hijrah 2010 Sambutan Tahun baru 2012 Selamat Hari Natal Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha 2010 Selamat Menyambut Maal Hijrah 143 Selamat Pengantin Baru Selayang Baru Skim Harga Musim Perayaan Spam Email Sperma Statistik Penceraian Suami lumpuh isteri berseronok Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Sultan Kedah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia TUKAR Tahun Baru 2011 Takzirah Tan Sri DatoUngku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz Tanah Melayu Tazkirah Terima Kasih Tersepit Tip Semasa Bersahur Tip elak kebakaran Tip motivasi diri Tips Tokoh Maal Hijrah Tolong ingatkan ku Tragedi Tanah Runtuh Ulu Langat Train in Malaysia Tumor Udang goreng tepung Udo Omar Ulam Jering Underwater Photography University of Toronto Wallpaper Hari Raya Aidil Fitri 2011 Warga Emas Yahudi a killer air bag adap ziarah adil fitri aging air bag aktiviti cuti sekolah aman palestin amerika anak anak haram anak luar nikah anakgajah anuar Ibrahim anwar ibrahim anwar ibrahim latest ceramah 2010 artis baby eating badak sumbu badminto bahrin banjir bas ekspress batu belanjawaan2011 bencana dunia bendera malaysia berita berita kecantikan berita kemalangan berjaya bersedekah kepada anak yatim bersekedudukan biodata m.rajoli bird nest bizarre blogging body art bonds buah pinggang budget2011 burn cake cd chatting cheating in exam cicak cikgu shida cikgu suraya ciri wanita climate change cuti sekolah 2009 dataran merdeka kuala lumpur dato harun din depavali dera diabetes diabetis djengkolic asid doa akhir awal tahun ekspress senandung timuran faizal yusop festival of lights fomca food funny gempa bumi gigi sensitif gila seks gunung berapi guru guru kafa hani mohsin hari pengguna 2011 hematuria hosni mubarak indentiti makcik hajjah siti al-wuzara internet internet advice iron man islam isreal isteri gersang jakim jalani misbun jalur gemilang jantung jatuh bilik air jordan jual rambut bayar hutang kabah kacang soya kanta kartun politik kemalangan ngeri kencing berdarah kepala badak sumbu keputusan upsr kerengga keretapi tanah melayu berhad kerja kotor kesan suami curang kg pandan kisah artis kisah tauladan kondom kopi tahi musang kreatif ktmb kuih gunting kuih raya kuih siput kutuk Allah lady gaga falls down lagu bola malaysia harimau malaya lahir bayi dalam tandas lawak leptospirosis libya lose weight lubang tandas lucah lucy McRae m.rajoli meninggal maal hijrah2011 peringkat kebangsaan makam nabi muhammad make decision malaysia politics mancis mandul masalah jantung matahari mekah melayu mesir mobile banking monkey man muaturun retro murtad mutual fund mvp nabi sulaiman obama pakar kecantikan pekak badak pelanggaran pelik tapi benar pembentungan penang pendidik penyakit bawaan tikus peranchis perayaan diMalaysia perayaan tradisi pergolakan politik perhimpunan bersih 2 pertandingan mewarna photos piala dunia 2014 pin girl pluralisme agama politik pwtc rawatan selulit selulit relationship renungan untuk semua resulation rina rahman rogol roslin hashim sajak santa claus scammers sedekah jariah sejuk melampau seks seks bebas selamat tahun baru 2011 selamat tinggal 2010 sentul senyum raihan seo seterika sidang video siti nurdiana siti nurhaliza senyum skmm snowbird span spongebob sprm suami curang sumbang mahram syafiah tahun baru cina tekanan darah tinggi tenaga boleh diperbaharui tip Mengekalkan persahabatan tip perjalanan balik kampung tip rambut tren keretapi tv3 ubah wajah ubat kurap upsr ustaz asri rabani utusan malaysia wallpaper wan azizah wan cek daud ziarah raya zina