Seekor Tebuan Dewasa. Baca petua merawat sengatan tebuan |
Sedih dan terharu sekali bila membaca kisah bayi yang disengat tebuan hingga membawa kematiannya dirumah neneknya di Kuala Kedah. Tetapi mengapa tebuan menyerang manusia tanpa sebab ? hairan juga apa pun marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Nur Aimi.
Kuala Kedah: Seorang bayi perempuan berusia 14 bulan yang sedang tidur
dalam buaian di rumah neneknya maut disengat tebuan (lihat definasi tebuan disini) di Kampung Sematang
pinang, dekat sini.
Dalam kejadian jam 9 pagi Jumaat lalu, Nur Aimi Khairun Nisa Mohd Nakhaie, yang sedang tidur di bahagian dapur rumah neneknya itu dihurung sekumpulan tebuan yang bersarang berdekatan rumah neneknya itu, sebelum disengat lebih 50 serangga itu.
Dalam kejadian jam 9 pagi Jumaat lalu, Nur Aimi Khairun Nisa Mohd Nakhaie, yang sedang tidur di bahagian dapur rumah neneknya itu dihurung sekumpulan tebuan yang bersarang berdekatan rumah neneknya itu, sebelum disengat lebih 50 serangga itu.
Ketika kejadian, mangsa baru sahaja dimandikan neneknya, Aishah Md
Ali, 64, yang menjaga bayi itu disebabkan ibunya, Sarizan Murad, 38,
keluar bertugas sebagai Jururawat Masyarakat di sebuah klinik kerajaan
berdekatan.
Ismail bakar - Datuk kepada Nur Aimi menunjukkan sarang tebuan. |
Aishah ketika ditemui berkata, selepas menidurkan cucunya itu, dia
keluar ke belakang rumah untuk menyiapkan kerja hariannya, sambil
sekali-sekali menjenguk Nur Aimi yang sedang tidur.
“Mak cik ada melihat seekor tebuan besar tiba-tiba hinggap berhampiran Nur Aimi, sebelum menghalaunya. Bagaimanapun, bilangan tebuan itu bertambah sehingga lebih 50 ekor sebelum ia mula menyerang Nur Aimi.
“Tebuan itu menyengat seluruh badan mak cik dan Nur Aimi. Mak cik cuba melawan tetapi tidak berdaya sebelum terus mengangkat Nur Aimi untuk menyelamatkannya.
“Mak cik ada melihat seekor tebuan besar tiba-tiba hinggap berhampiran Nur Aimi, sebelum menghalaunya. Bagaimanapun, bilangan tebuan itu bertambah sehingga lebih 50 ekor sebelum ia mula menyerang Nur Aimi.
“Tebuan itu menyengat seluruh badan mak cik dan Nur Aimi. Mak cik cuba melawan tetapi tidak berdaya sebelum terus mengangkat Nur Aimi untuk menyelamatkannya.
“Mak cik menggagahkan diri untuk menghalang serangga terbabit dari terus menyengat Nur Aimi dengan melibas kain batik yang dipegang sekuat hati sehingga semua tebuan berkenaan meninggalkan lokasi itu,” katanya.
Aishah berkata, sejurus itu, dia melihat Nur Aimi sudah lemah dan seluruh badannya juga kebiru-biruan, selain ada kesan bengkak di seluruh badan, kepala dan kaki.
“Suami mak cik yang menyedari perkara itu terus menghubungi anak dan menantu kami untuk memaklumkan kejadian itu manakala keadaan Nur Aimi yang sudah lemah akibat disengat tebuan,” katanya
Sementara itu, Sarizan ketika ditemui berkata, dia tidak sedap hati menerima panggilan daripada bapa mentuanya menyuruh dia pulang segera apabila dimaklumkan Nur Aimi diserang tebuan.
“Sebaik tiba di rumah, saya lihat anak saya sudah tidak bermaya dan kami segera menghantarnya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk mendapatkan rawatan. Sepanjang perjalanan dalam kereta, saya menepuk badannya berulang kali sambil memanggil namanya sambil memberi tindak balas.
“Nur Aimi kemudian dimasukkan ke wad zon merah HSB kerana keadaannya kritikal sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 3 petang akibat bisa sengatan,” katanya. Untuk berita penuh sila baca :BH
- Kongsi dan sebarkan berita dan dapat wang - senang & berkesan
- Bacaan Al-Quran Online
- Dapat bayaran setiap 30 saat
- Anda tidak pernah terfikir begitu senang buat duit.
- Ingin 1,000,000 traffic percuma ? Klik sini
- Pendapatan dari internet,
- Open Payment Processor Here. 100% Free
- Malaysian Most Trusted Affiliates
- Download E-Book Percuma
- Dapatkan Traffik Percuma Disini
- Find Your Side Income - Zero Investment
- Ingin jadi penterjemah,
- Ingin mencari barang kecantikan dan kesihatan murah
- Susah sangat cari `referral' ke mudah ke?. Ketahui Teknik Termudah
No comments:
Post a Comment