Ubat gigi boleh jadi ubat jerawat ? |
Walaupun ianya mampu
mengurangkan minyak, adakah ubat gigi merupakan suatu cara yang efektif
demi mendapatkan kulit wajah yang licin dan bersih? Dan apakah kesan
sampingan yang ada?
Menurut Dr. Neal Schultz, iaitu seorang pakar dermatologi dari New York, ubat gigi mengandungi bahan-bahan seperti soda penaik, hidrogen peroksida, alkohol, mentol, minyak pati serta triklosan yang bersifat anti-bakteria dan berfungsi mengeringkan jerawat.
Namun begitu, beliau menegaskan bahawa bahan-bahan tersebut tidak membuatkan penggunaan ubat gigi lebih efektif berbanding dengan cara penghilangan jerawat yang konvensional.
Seorang lagi pakar dermatologi, Dr. Rebecca Baxt, menambah bahawa kesan pengeringan yang dibawa oleh ubat gigi sering dilihat orang ramai sebagai suatu yang baik. Sebaliknya, kesan tersebut sebenarnya mengakibatkan radang kulit yang melibatkan kemerahan dan pengelupasan disebabkan oleh kulit yang terlebih kering.
Mungkin ada di kalangan kita yang mampu menghilangkan jerawat dengan cara sebegini, tetapi ubat gigi bukanlah sama sekali rawatan yang tepat untuk kulit berjerawat. Apa yang sebenarnya boleh mengatasi masalah kulit adalah benzoyl peroksida serta asid salisilik.
Jangan tersalah doktor gigi sudah .. |
Oleh itu, jika anda ingin menghilangkan jerawat dengan cara yang berkesan dan tidak melibatkan wang yang banyak, anda boleh menyapu aspirin yang sudah dikisar dan dijadikan pes setelah larut dalam air di sekitar wajah sebelum tidur. Cara-cara lain yang popular dan efektif termasuklah sapuan jus limau ataupun lemon dan yang paling penting sekali jangan lupa berjumpa dengan doktor gigi setiap 6 bulan.
Sumber: HazrilHafiz
- Kongsi dan sebarkan berita dan dapat wang - senang & berkesan
- Bacaan Al-Quran Online
- Dapat bayaran setiap 30 saat
- Anda tidak pernah terfikir begitu senang buat duit.
- Ingin 1,000,000 traffic percuma ? Klik sini
- Pendapatan dari internet,
- Open Payment Processor Here. 100% Free
- Malaysian Most Trusted Affiliates
- Download E-Book Percuma
- Dapatkan Traffik Percuma Disini
- Find Your Side Income - Zero Investment
- Ingin jadi penterjemah,
- Ingin mencari barang kecantikan dan kesihatan murah
- Susah sangat cari `referral' ke mudah ke?. Ketahui Teknik Termudah
No comments:
Post a Comment