Seekor Nyamuk Aedes Sedang Menyedut Darah. Baca Kitaran Hidupnya. |
Nyamuk ialah serangga yang merbahaya kepada manusia, kerana gigitannya bukan sahaja boleh menyebabkan kegatalan tetapi juga boleh membawa maut. Hanya nyamuk betina yang menghidap darah sebagai sumber protien untuk pembentukkan telur.
Mengapa nyamuk merbahaya ? . Ini kerana nyamuk merupakan vektor (pembawa) patogen kepada manusia seperti virus, protoza yang menyebabkan mangsa mendapat penyakit seperti Malaria, Aedes dan sebagainya.
Berikut cara mudah untuk membuat perangkap nyamuk.
Bahan-Bahan
200 ml air
50 gram gula perang,
1 gram yis (yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya)
1 botol plastik 2liter.
Cara membuat,
1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher
2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk.
Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.
3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.
4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.
Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.
Disamping menggunakan perangkap ini, Anda dinasihatkan untuk menggunakan teknik untuk mengawal nyamuk.
1. Kedahlanie.info
2. Ijoks2009
3.v12gether
4.Cikepal06
5.Sweetedy
No comments:
Post a Comment