Assalamualaikum dan selamat pagi. Hai sedar tak sedar kita dah pun masuk bulan Syaaban dah dekat nak bulan puasa iaitu bulan Ramadhan. Dalam bulan ini juga kita telah kehilangan dua legenda iaitu Seniman S.Samsuddin (84) atau nama sebenar beliau Shamsuddin Bin Dali pada 4 jun 2013 di Singapura dan juga Seniwati Latifah Omar (74) yang telah pergi meninggalkan kita pada 9 Jun 2013 di HUKM Cheras Kuala Lumpur. Kepada kedua-duanya mari kita sedekahkah Al-Fatihah.
Dila berdoa agar kita semua dapat bertemu bulan Ramadhan tahun ini amin...
Sebagaimana doa Rasulullah
``Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk
kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga
Ramadan''
Kelebihan Bulan Syaaban dan Amalan-Amalan
Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan menceritakan kelebihan bulan ini.
Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.
Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
1. Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW
lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan
bulan-bulan yang lain.
Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya
dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan
Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang
menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa
berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan
Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat
untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang
yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila
dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
2. Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban,
bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan
maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya
di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik
dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
3. Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata:
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban,
sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sila baca disini amalan-amalan dibulan Syaban.
Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban
Malam Nisfu Syaaban , penukaran arah kiblat dari Baitul Muqaddis ke Baitullah Mekah.
Sajak Bulan Syaaban
Syain itu Syaraf
"kemuliaan"
buat mereka yang beramal
buat mereka yang taubat
'Ain itu 'Uluww
"ketinggian"
darjat
syurga
Ba' itu Birr
"kebajikan"
balasan dari Allah
jika dihidupkannyaj
ika berpuasa sepanjangnya
Alif itu Aliff
"jinak"
hanya yang jinak hati
tahu nilainya
Nun itu Nur
"sinar hidayah Allah " memenuhi ruangnya .1
Sucikan hatimu
di bulan perpindahan kiblat
bertaubatlah
di Nisfunya
bacalah Yaasin
di Lailatul Bara_ah .
"kemuliaan"
buat mereka yang beramal
buat mereka yang taubat
'Ain itu 'Uluww
"ketinggian"
darjat
syurga
Ba' itu Birr
"kebajikan"
balasan dari Allah
jika dihidupkannyaj
ika berpuasa sepanjangnya
Alif itu Aliff
"jinak"
hanya yang jinak hati
tahu nilainya
Nun itu Nur
"sinar hidayah Allah " memenuhi ruangnya .1
Sucikan hatimu
di bulan perpindahan kiblat
bertaubatlah
di Nisfunya
bacalah Yaasin
di Lailatul Bara_ah .
berpuasalah
bersiap untuk Ramadan
Hidupkanlah
bulan RasululLah . bulan penyucian hati
Hidupkanlah
bulan RasululLah . bulan penyucian hati
Jabatan Agama Islam.
Iklan-Iklan
- Kongsi dan sebarkan berita dan dapat wang - senang & berkesan
- Bacaan Al-Quran Online
- Dapat bayaran setiap 30 saat
- Anda tidak pernah terfikir begitu senang buat duit.
- Ingin 1,000,000 traffic percuma ? Klik sini
- Pendapatan dari internet,
- Open Payment Processor Here. 100% Free
- Malaysian Most Trusted Affiliates
- Download E-Book Percuma
- Dapatkan Traffik Percuma Disini
- Find Your Side Income - Zero Investment
- Ingin jadi penterjemah,
- Ingin mencari barang kecantikan dan kesihatan murah
- Susah sangat cari `referral' ke mudah ke?. Ketahui Teknik Termudah
No comments:
Post a Comment