Assalamualaikum semua. Hanya tinggal 10 hari lagi kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia kali ke 56. Dila ingin mengucapkan `Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke 56' kepada semua warganegara Malaysia.
Bermacam-macam program dirancang bagi memeriahkan lagi sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Kali ini diantaranya kempen kibaran jalur gemilang, Pertandingan Kecerian Kemerdekaan, Pertandingan Video Pendek Kemerdekaan, Ambang Merdeka di Putrajaya, Acara Pembarisan Kemerdekaan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur dan banyak lagi. (Untuk senarai lengkap sila klik sini)
Dila menyeru semua warganegara Malaysia, supaya merdekakan minda anda dari anasir-anasir negatif seperti memuja perjuangan komunis, fahaman-fahaman yang bertentangan dengan agama dan lain-lain lagi yang bakal membawa kepada kemusnahan dan perpecahan negara.
Kibarkanlah jalur gemilang ditempat anda, kerana jalur gemilang bukanlah mengambarkan sesuatu parti politik sebaliknya ianya ialah lambang Negara Malaysia yang berdaulat. Sebagai warganegara kita mestilah mempertahankan negara ini dan memastikan keamanan dikekalkan sampai bila-bila. Tanpa keamanan tidak akan ada kemajuan, tidak akan ada pelaburan, tidak akan ada pembangunan. Musuh negara yang paling ditakuti ialah pengkhianat-pengkhianat yang ada dikalangan warganegara itu sendiri !!
Teringat Dila akan dialog P.Ramlee dalam filem `Sarjan Hasan'
`Dengar sini kawan-kawanku sekampung, aku berharap janganlah hendaknya ada lagi manusia ini ditanahair kita, kerana manusia seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita. Ya aku tahu memang bangsa kita masih muda dan masih lemah, aku tak peduli itu semua, harapan hanyalah kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya'
Topik berkaitan
No comments:
Post a Comment