Assalamualaikum semua, minta maaf semua kerana dah lama dilah tak update blog ini. Al-maklumlah `busy' memanjang. Kali ini Dila ingin berkongsi mengenai satu ulam yang jarang benar kita makan, kalau generasi baru lagilah tak tahu dan tak pernah lihat. Ulam yang Dila maksudkan ialah Pokok Tenggek Burung atau setengah-setengah orang sebut pokok cabang tiga - mungkin sebab daunnya mesti bercabang tiga.
Pokok ulam ini, senang tumbuh terutama dikawasan tanah gambut,
Diantara khasiat lain selain dijadikan ulam yang enak, seperti berikut,
1. Boleh mengurangkan tekanan darah tinggi
2. Boleh menghilangkan lenguh-lenguh badan dan melancarkan perjalanan darah.
3. Boleh mengecutkan rahim terutama sekali bagi wanita yang baru bersalin.
4. Membantu kesihatan kelakian.
Mula hari ini jom rasai keenakan ulam tenggek burung.
Teks Iklan
Favourite saya daun tenggek burung ni...colek sambal belacan dah tak pandang lauk lain lagi, memang terbaeeeekkkkk.
ReplyDelete