Virus Ebola yang sangat merbahaya
Dila sebenarnya tertarik dengan virus Ebola yang dikatakan sedang menjadi wabak diseluruh dunia. Ebola merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus.
Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu virus penyakit yang amat berbahaya di dunia. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% - 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit.
Simptom Serangan Virus Ebola
Diantara tanda-tanda yang biasa seperti demam, sakit kepala, otot dan sakit perut. Pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan ruam-ruam. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.
Kaedah Penyebaran
Tidak diketahui secara tepat bagaimana virus ini boleh merebak. Dipercayai virus ini dipindahkan dari haiwan kepada manusia melalui cecair haiwan seperti darah dan sebagainya.
Manakala penyebaran dari manusia kepada manusia bermula dengan sentuhan secara langsung atau cecair dengan orang yang telah dijangkiti dengan virus ini.
Vaksin
Setakat ini belum ada vaksin yang boleh menyembuhkan dari serangan virus Ebola ini.
Hi, Nice site I enjoyed reading it. Thanks for sharing. Would it be possible if I contact you through your email? Please email me back. Thanks!
ReplyDeleteAaron Grey
aarongrey112 at gmail.com
Great article, Thanks for your great information, the content is quiet interesting. I will be waiting for your next post.
ReplyDelete