“Selamat berjaya kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR mulai esok,” kata Perdana Menteri dalam akaun Facebook beliau hari ini.
Seramai 455,929 calon akan menduduki peperiksaan tersebut bermula esok sehingga Khamis depan.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 446,511 calon terdiri daripada calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 9,418 lagi adalah calon sekolah swasta.
Sebanyak 8,134 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 49,655 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.