Assalamualaikum semua. Nampaknya wabak buli membuli bukan sahaja diperingkat sekolah menengah tapi turut merebak disekolah rendah. Bukti kes terbaru yang melibatkan murid sekolah rendah di besut yang diberitakan berlaku didalam SURAU !!!!
Apa nak jadi dengan murid-murid kita, generasi muda @ pewaris negara kita ??? Siapakan yang harus dipersalahkan sekolah atau ibubapa?????
BESUT: Polis telah menjalankan siasatan susulan kes buli melibatkan
seorang murid yang berlaku di dalam sebuah surau di sebuah sekolah, yang
telah dirakamkan dan video itu kini tersebar luas di media sosial.
Ketua Polis Besut, Supritendan Khaled Che Lah berkata, bapa mangsa
telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah, semalam.
Susulan itu, katanya, polis akan menggunakan Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 untuk mengesan individu yang merakamkan video terbabit
selain menyoal kakitangan sekolah dan murid-murid yang terlibat dalam
insiden tersebut.
Dalam video yang berdurasi enam minit itu, mangsa telah disepak dan
dipukul oleh beberapa pelajar dengan bahagian leher dan belakang badan
menjadi sasaran.
Kejadian itu dikatakan berlaku di surau di sebuah sekolah di
Terengganu dengan murid-murid yang terlibat berusia antara 10 hingga 12
tahun.
Penukul turut digunakan untuk mengetuk kepala mangsa dan mereka juga memanjat bahunya serta memukul kepala mangsa.
No comments:
Post a Comment