Tema Maulidur Rasul yang dipilih kali ini ialah `memantap ummah memperkasa ukhuwah'.
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
Persoalannya bagaimana kita hendak menyintai junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw sedangkan baginda telah lama meninggalkankan kita.? Senang sahaja kita boleh menyintai Nabi Muhammad dengan mengamalkan sunnah-sunnahnya, bersalawat, membaca sirah baginda dan mengikuti segala suruh dan menjauhkan yang ditegah oleh agama yang dibawa olehnya iaitu ISLAM.
Ikuti Ceramah Maulidur Rasul
Ikuti Selawat Maulidur Rasul
P/S : Semoga Maulidur Rasul kali ini boleh MENYATUPADUKAN orang Islam di Malaysia
dan Seluruh Dunia Amin..
Kepada orang Islam di Pulau Pinang marilah turun Putrajaya!!
No comments:
Post a Comment