Dila sungguh terharu dan geram bila mendengar kes penderaan Adik Shafiah Humairah Sahari dari Taman Batu 30 Ulu Yam Lama Selangor - kanak-kanak 3 tahun yang malang telah didera yang `kekasih' ibunya sendiri. Memang sedih sehinggakan mengalir air mata Dila.
Rasanya tidak keterlaluan jika Dila katakan `TIDAK BERPERIKEMANUSIAN DAN LEBIH KEJAM DARI BINATANG' . Anak - anak bukanlah `alat' untuk melepaskan kemarahan, mereka sepatutnya dibelai dengan penuh kasih sayang.
Apa yang lebih memalukan Dila kejadian ini dilakukan sendiri oleh orang `KITA' yang kononnya `KAYA DENGAN BUDI BAHASA' dan mengaku `ISLAM'.
Pada pendapat peribadi Dila faktor utama kejadian deraan ini ialah kejahilan agama IBU Safiah,`Kekasih IBU', datuk dan juga nenek.
Mengapa Dila kaitkan datuk dan nenek ? kerana mereka tidak tegas dalam menegur perbuatan zina anak mereka. Ibu Bapa jenis apakah ini ? Kalau tidak `makan saman' dengan teguran biasa lapurkan sahaja kepada pihak-pihak yang berwajib supaya tindakan undang-undang boleh diambil keatas mereka.
Dila berharap kematian adik Syafiah harus diadili seadil-adilnya dan hukuman mati patut dikenakan kepada `kekasih' ibu Syafiah. Tidak terlepas juga Ibu syafiah yang pada Dila terang-terangan bersubahat dalam kes penderaan maut ini.
Harapan Dila ialah semoga tiada lagi kes seperti berulang ditahun 2010 ini. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua.
P/S : Dia pasti akan menyesal seumur hidup . Al-Fatihah buat adik Syafiah..
Apa nak jadi dengan Orang Melayu sekarang pelopori kes rogol,ragut,dadah, buang dan dera anak??
Apa nak jadi dengan Orang Melayu sekarang pelopori kes rogol,ragut,dadah, buang dan dera anak??
No comments:
Post a Comment