Dulu dia juga membuat kontroversi dengan `rap' kan lagu Negaraku. Kini dia buat kontroversi dengan video `panas'nya .. Rasanya apa kita patut buat dengan dia ini ??
KUALA LUMPUR: Puteri UMNO mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap seorang pemuda dari Muar Johor, Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai Namewee kerana mengulangi perbuatan yang dianggap biadap, kali ini dengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin, berkata klip video terbaru Namewee yang disifatkan berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman.
Dalam satu kenyataan hari ini Rosnah berkata dalam klip video itu Namewee antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.
Beliau berkata, selain itu Namewee dalam klip video yang disiarkan dalam laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.
"Puteri UMNO mendesak kerajaan bertindak tegas kerana anak muda itu ternyata tidak mempunyai rasa hormat jauh sekali mempunyai tanggungjawab terhadap tanah air sendiri," katanya.
Rosnah berkata, Namewee adalah lambang generasi muda yang tidak tahu menghargai erti kemerdekaan dan perpaduan kaum yang dinikmati oleh rakyat negara ini.
"Adalah wajar tindakan tegas dikenakan terhadapnya supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak bahawa isu perkauman bukanlah bahan mainan yang boleh dicarut dan disebarluaskan menerusi internet," katanya.
Beliau berkata, isu guru yang didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman sedang disiasat oleh pihak berkenaan dan adalah tidak wajar guru berkenaan dicerca melalui klip video itu. - BERNAMA
diani memang lahanat.. patut buang dari kerakyatan je.. sbenarnya diani yang racist tapi pelik ramai org sokong dia nih termasuk pemimpin melayu
ReplyDeletepost baru http://neizalyez.blogspot.com/2010/08/pandangan-aku-mengenai-isu-malaysia-dan.html