Assalamualaikum wbk,
Anda sudah buat kuih raya ?. Bersempena cuti hari Jumaat, Sabtu dan Ahad - 3 hari, Dila , kakak dan ibu buat kuih raya yerlah rasanya tak sempurna kalau tak buat kuih raya sendiri. Jadi kami buat kuih yang mudah dan murah jer iaitu Kuih gunting.
Sedap tu... buat kunyah-kunyah masa tengok TV syok tau !!
Kami memulakan operasi pada jam 9.30 pagi Jumaat, macam biasa ibu dan kakak yang membuat adunan, Dila pula akan mengunting dan mengoreng. Seronok betul sambil buat kuih sambil sembang. Bila dah puas mengunting, potonglah pulak he he ..
Tepat jam 3.00 petang, kami pun berhenti, sebab nak masak untuk berbuka pula. Setakat ini sudah ada 8 balang harap-harap cukuplah sampai ke raya.
Kepada sesiapa yang ingin resepi kuih gunting.
Bahan-Bahan
½ kg tepung gandum
10 biji bawang merah
5 tangkai cili kering
3 sudu besar udang kering(goreng tanpa minyak)
10 biji bawang merah
5 tangkai cili kering
3 sudu besar udang kering(goreng tanpa minyak)
* Jika mahu lebih rapuh tanpa sebiji telur
Cara membuat
- Bawang ,cili,udang ,jintan ditumbuk halus .
- Masukkan bahan tumbuk ,marjerin ,daun bawang daun.ketumbar dan air garam ke dalam
tepung.
- Gaul rata dan uli hingga sebati.
- Bahagikan kepada beberapa . doh dan canai nipis(tabur sedikit tepung)
- Bakar sekejap & potong memanjang lalu digunting halus.

* Goreng menggunakan minyak yang banyak dan masukkan daun kari.
No comments:
Post a Comment