`International Burn A Koran Day'
Ini berita dari Florida, Amerika Syarikat, Dove World Outreach Center sebuah gereja di Gainesville akan menjadi tuan rumah ` Hari Pembakaran Al-Quran' pada 11 September 2010 bagi memperingati tragedi serangan pada 11 September 2001.
Pendeta Terry Jones
Ketua Dove World Outreach Center Pendeta Terry Jones berkata mereka percaya agama islam adalah agama setan, agama penipu, kekerasan dan telah menyebabkan ramai masuk neraka.
Mereka juga telah menyeru penganut agama kristian untuk membakar kitab suci umat islam di youtube dan Facebook
Pada pandangan Dila, tindakan Terry Jones tidak ubah seperti menyimbah petrol kedalam unggun api - hanya akan menyemarakkan api kemarahan dan kebencian diantara agama islam dan kristian sahaja.
Dila berharap Presiden Barack Obama dapat membendung aktiviti provokasi seperti ini kerana akan merugikan Amerika Syarikat dan juga dunia secara keseluruhannya. Adalah lebih baik kita hidup secara harmoni dan saling hormat menghormati dan Islam sendiri tidak tidak MEMAKSA penganut agama lain memeluk ISLAM kecuali dengan KEREDHAAN diri sendiri.
No comments:
Post a Comment