Assalamualaikum semua, Harapan Dila semoga kalian sihat waafiat. Sekarang ini kita telah pun berada dihujung Ramadhan ke 29. Dila percaya ramai diantara kita yang telah pun bercuti dan sedang merancang untuk pulang ke kampung halaman untuk berhari raya dengan ayah dan bonda.
Disini suka ada beberapa tip / panduan kepada mereka yang ingin membuat perjalanan balik ke kampung.
a. Membuat pemeriksaan dan menyelengara kenderaan yang akan digunakan untuk perjalanan balik kampung seperti tayar, minyak engin, brek dan sebagainya. Ini dapat mengelakan kenderaan anda rosak didalam perjalanan. Jangan lupa juga memeriksa `tool box' pastikan semua alat cukup dan boleh digunakan bila perlu nanti.
b. Membuat perancangan jadual berlepas (macam kapal terbang la pulak he he), Elok rasa kalau anda merujuk kepada cadangan masa perjalanan yang telah dikeluarkan oleh pihak PLUS. Ini boleh mengelakkan kesesakan melampau di lebuhraya dan secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kemalangan.
c. Sekiranya perjalanan anda mengambil masa yang lama contohnya 3-10 jam, pastikan anda sebagai pemandu dapat rehat secukupnya dan berehat sebentar jika mengantuk didalam perjalanan anda itu nanti. Stesen minyak PETRONAS terpilih ada menyediakan kopi percuma (ermmm best tu ..)
d. Sebelum memulakan perjalanan bacalah doa menaiki perjalanan dan memandu dengan penuh kesabaran - jangan potong Q, gunakan cermin sisi / belakang, dan patuh kepada peraturan jalanraya.
e. Sebelum pulang ke kampung isikan `borang balik kampung' dan hantar ke balai polis berdekatan untuk maklumkan dan memudahkan pihak polis membuat rondaan/pemantauan.
Akhir Sekali Janganlah Menjadi Sebahagian Dari Statistik Kemalangan
Ingatlah Orang Yang Tersayang !!
Biar Lambat Asal Selamat !!
Dila doakan Semua Anda Selamat Didalam Perjalanan Balik Ke Kampung !!!
No comments:
Post a Comment