Kerengga Dan Sarang Kerengga
Anda sudah pasti kenal kerengga bukan ?. Kerengga atau `weaver ants' atau nama saintifiknya Ocoephylla smaradgina tergolong dalam kumpulan serangga dalam famili Formicidae, Order Hymenoptera. Serangga ini hidup berkoloni yang terdiri dari Ratu, raja, pekerja , larva dan kepompong. Di setengah negara pertanian, kerengga digunakan pada pokok buah bagi membantu menjauhi pokok buah tersebut daripada serangan serangga perosak.
Apa Yang Boleh Kita Belajar Dari Kerengga ?
1. Kerengga bekerja dalam kumpulan
Mereka akan membuat semua kerja secara berkumpulan dan saling berkerja sama antara
satu sama lain. Macam tema `Wonder Pet' - Apa yang penting kerjasama'. Ini menjadikan kerja yang berat seperti mengangkut makanan yang berat dan membuat sarang menjadi ringan dan mudah.
Mereka juga tidak bergaduh semasa sendiri. Pernah anda lihat mereka bergaduh, bunuh membunuh dan menyerang antara satu sama lain ?. Tidak pernah bukan. Selain dari itu, mereka juga tidak pernah sesekali tidur dalam kerja, berebut / membolot makanan untuk diri sendiri.
2. Bermati-matian Untuk Menjaga Koloni.
Jika ada perceroboh seperti haiwan , manusia dan sebagainya , kerengga akan berkerjasama menyerang secara beramai-ramai dan sanggup pula bermatian-matian mempertahankan koloni mereka dengan mengigit dengan kuat dan tidak akan akan melepaskan gigitannya walaupun telah mati.
3. Menjaga larva, kepompong dan Ratu dengan sepenuh hati.
Kerengga akan menjaga dan mencari makanan untuk larva ,kepompong dan ratu tanpa pernah ada rasa jemu dan bosan. Ini kerana mereka tahu itulah generasi pelapis yang bakal mengantikan mereka satu hari nanti.
Tidak seperti sikap segelintir manusia yang sanggup membuang bayinya , mengabaikan tanggungjawap kepada anak-anak dan isteri, merogol anak sendiri, memukul isteri dan macam-macam lagi. Hairan bukan !!
Begitulah beberapa perkara yang boleh kita belajar dan ambil iktibar dari serangga yang bernama : KERENGGA. Fikir-Fikirkanlah !! Allah tidak cipta sesuatupun dengan sia-sia sahaja
Ini pula lagu yang berkaitan topik diatas,

Enjit-Enjit Semut
Aku Semut Merah
No comments:
Post a Comment