Dila ingin mengucapkan tahniah buat rakyat Melaka kerana telah diumumkan sebagai Melaka Maju2010 pada malam semalam 8.10 malam tadi.
Ayah pernah bawa kami sekeluarga melawat Melaka ~ Bandar Hilir dan makan ikan bakar di Umbai memang best sangat. !!
Tahniah Melaka ..
Tahniah Melaka ..
Ikuti berita penuh dibawah
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, malam ini mengisytiharkan Melaka Maju 2010 menerusi sidang video di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Perisytiharan bersejarah itu dibuat secara langsung terus ke Stadium Hang Jebat disaksikan kira-kira 50,000 orang termasuk Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Perisytiharan bersejarah itu dibuat secara langsung terus ke Stadium Hang Jebat disaksikan kira-kira 50,000 orang termasuk Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Perisytiharan itu dibuat tepat pada jam 8.10 malam ini atau jam 2010, pada tarikh 20.10.2010.
"Saya bagi pihak seluruh warga negara Malaysia dan Kerajaan Persekutuan berasa sangat berbangga di atas pengisytiharan tersebut," katanya.
Mengikut Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Melaka dikira sebagai negeri maju selepas memenuhi lima aspek penting meliputi ekonomi, sosial, infrastruktur, alam sekitar dan pentadbiran.
Lima aspek penting itu meliputi 32 indikator yang tidak melebihi sasaran terendah ditetapkan oleh OECD.
Antaranya ialah berkaitan kadar inflasi, kadar pengangguran, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jangka hayat, kadar kematian dan kadar jenayah.
Turut hadir bersama Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud; Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon; Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M Kayveas. - Berita Harian
No comments:
Post a Comment