Dato' Siti Nurhaliza. Sumber : Jemayphotography
Apakah itu senyuman ? Senyuman dalam fisiologi senyuman adalah ekspresi wajah yang terjadi akibat bergeraknya atau timbulnya suatu gerakan di bibir atau kedua ujungnya, atau pula di sekitar mata.
Senyum itu wujud dari rasa kebahagian atau ada sesuatu yang membuat dia senyum, Seseorang yang senyum , biasanya akan bertambah cantik berbanding ketika dia dalam keadaan biasa atau ketika dia sedang marah.
Diantara rahsia sebalik senyuman itu seperti berikut,
1. Merupakan satu bentuk jogging dalam dimana dapat merangsang seluruh tubuh dan boleh memberi kesan baik kepada sistem saraf dan hormon.
Diantara rahsia sebalik senyuman itu seperti berikut,
1. Merupakan satu bentuk jogging dalam dimana dapat merangsang seluruh tubuh dan boleh memberi kesan baik kepada sistem saraf dan hormon.
2. Boleh menceriakan hidup tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’.
3. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi, maka benarlah kata orang yang banyak senyum itu awet muda.
Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
4. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
5. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
6. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
7. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
8. Senyuman yang dilemparkan dengan penuh keikhlasan mampu menyerikan hari insan lain. dan juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
8. Senyuman yang dilemparkan dengan penuh keikhlasan mampu menyerikan hari insan lain. dan juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
p/s : Senyuman itu satu sedekah !
No comments:
Post a Comment