Dila ingin mengucapkan selamat hari natal kepada semua rakyat Malaysia yang beragama kristian pada hari ini 25 Disember 2010 . Sambutan hari natal bukan sahaja menjadi acara tahunan kepada mereka sebalik menjadi agenda penting kepada masyarakat secara amnya kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga untuk bercuti dikampung atau bercuti ke tempat yang menarik.
Semoga dihari natal 2010 ini, kita menerapkan budaya kunjung mengunjung diantara masyarakat berbilang kaum dan agama. Dengan ini akan `mencambahkan' semangat persefahaman dan hormat-menghormati diantara agama dan kaum yang ada di Malaysia. Sekaligus boleh mengekang anasir-anasir `dalam' dan `luar' yang cuba `melaga-laga' dan mengapi-apikan kaum di Malaysia dengan memainkan sentimen perkauman.
Rakyat Malaysia mesti bersyukur kerana dilahirkan di bumi yang kaya dengan hasil bumi dan kaya dengan kepelbagaian kaum/agama. Kita tidak mahu menjadi negara yang berperang sesama sendiri contoh dibenua Afrika yang hancur dek semata-mata kerana perbezaan agama dan kaum.
Menerusi konsep 1 Malaysia, keakraban dan kebersamaan untuk mencapai perpaduan hidup bermasyarakat dan bernegara, persefahaman bersama dijadikan sandaran untuk menghadapi rintangan dan halangan bersama-sama. Sambutan Hari Natal 1 Malaysia akan diadakan pada 26 Disember 2010 di Portugis Settement Bandar Hilir Melaka.
Lantaran itu, atas semangat bersama, diucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Natal 2010 . Mengapa 25 Disember setiap tahun dipilih sebagai Hari Natal ? Klik DISINI untuk jawapan.
No comments:
Post a Comment