Assalamualaikum semua, kurang 1 jam lagi kita melangkah ke tahun baru 2011. Cuba anda bayangkan hampir 7 billion manusia diplanet bumi ini yang meraikan kedatangan tahun 2011 dan anda salah seorang dari padanya.
Dikesempatan ini, Dila memohon maaf sekiranya ada `post-post' yang menyinggung mana-mana pihak, bukan niat hati ini untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak. Cuma sekadar sindiran dan ingatan untuk mereka/pihak yang sedikit `leka'.
Menyingkap di tahun 2010 ini banyak kisah suka dan duka telah Dila lalui diantaranya Dila kehilangan 3 individu yang rapat. Semoga Allah merahmati roh mereka Amin.. selagi hayat dikandung badan Dila tidak akan melupakan mereka.
Pada masa ini mulai jam 8.45 malam tadi di TV2, Kumpulan Ambank menganjurkan `Ambang 2011' di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur. Diantara artis-artis yang menjayakan ialah seperti Datuk David Arumugam dari kumpulan Alleycats, Pop Shuvit, M. Nasir, Ramlah Ram, Amy Search dan banyak lagi.
Harapan Dila semoga tahun 2011, Dila berazam mengumpulkan wang untuk membiayai ibu Dila menunaikan haji di Mekah insallah.
Apa-apa pun Dila ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca yang selama ingin menyokong blog yang tak seberapa ini. Semoga kedatangan tahun 2011 ini akan membawa kejayaan yang lebih besar kepada kita semua dan buangkanlah perangai-perangai buruk kita.

p/s : Hanya sambut tahun baru 2011 dengan ibu tercinta ..
`Have a Happy And Prosperous New Year 2011!
No comments:
Post a Comment