Benar pepatah melayu ` kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa' begitulah yang berlaku kepada wartawan TV3, Karam Singh Walia yang dikepung oleh sekumpulan orang Melayu kerana menghina kepada orang Melayu. Ikuti video dibawah ini
p/s : Sahlah Karam Singh Walia sama dengan Karpal Singh !!
Bangkit kemarahan, sekumpulan lelaki kepung wartawan TV
SHAH ALAM 2 Jan. - Wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui saat-saat mencemaskan apabila 'dikepung' oleh sekumpulan lelaki yang naik berang ekoran tindakannya mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan kepada orang Melayu.Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan boleh membangkitkan isu perkauman.Antaranya dia mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika sedang mabuk mengakui, telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.Berikutan itu dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki tersebut serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.Selama ini, wartawan tersebut berjaya menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar.Selain itu, dia mendapat penghormatan khususnya daripada orang Melayu kerana kepetahan berpantun dan berperibahasa dalam setiap laporannya.
oke, hai..dah folo :D
ReplyDeletefolo back
kerana mulut badan binasa
ReplyDelete