Banjir Brisbane Australia
Gunung Berapa di Indonesia
Gempa Bumi di China
Kita banyak bencana yang telah berlaku kepada penduduk manusia seperti banjir besar, ribut, taufan, tsunami, kemarau,gempa bumi, penyakit, peperangan, sejuk melampau dan sebagainya. Tetapi tahukan anda semuanya berpunca dari satu perkara sahaja iaitu hilangnya perasan takut kepada Allah. Perkara ini telah diterangkan didalam Al-Quran As Syura :30
“DAN apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan(atau bala bencana)maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan(daripada perbuatan-perbuatan salah dan dosa)dan (dalam pada itu)Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu.”
(AS SYURA:30)
Apabila manusia mula dihinggapi penyakit ini akan menyebabkan manusia tidak merasa segan - silu untuk melakukan perkara yang dilarang oleh Allah dan mengingkari segala perintahnya. Diantaranya dengan sengaja melewatkan atau tidak solat, derhaka kepada guru, ibubapa, pergaulan bebas lelaki/perempuan, mendedah aurat dan sebagainya.
Walaupun pada awalnya manusia merasa kekok dan janggal untuk melakukan dosa tetapi akhirnya menjadi biasa, tabiat dan lama-kelamaan menjadi norma bagi sesuatu masyarakat.
Tidak dinafikan ada manusia yang membuat maksiat dan dosa tetapi boleh hidup senang-lenang tanpa sebarang bala-bencana dan musibah yang menimpa mereka. Tetapi perlu diingat bahawa balasan mungkin dalam bentuk yang lain seperti sakit, porak-peranda dalam masyarakat/keluarga atau pun ditanggung sehingga hari kiamat.
Di padang mahsyar nanti semuanya akan dihitung dan masing-masing akan menerima pembalasan yang setimpal dengan perbuatan mereka. Sesungguhnya Allah akan menghukum mereka atas dosa-dosa yang dilakukan dan jika dikehendaki. Dia akan mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya setelah mereka bertaubat nasuha dan meninggalkan segala dosa dan keterlanjuran yang telah dilakukan.
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengingati diantara satu sama lain agar tidak hilang perasaan takut kepada Allah dengan menunaikan segala arahanNYA dan meninggalkan segala yang dilarang.
p/s : Apakah bencana yang melanda Malaysia ? Banjir ? Politik ?
p/s : Apakah bencana yang melanda Malaysia ? Banjir ? Politik ?
No comments:
Post a Comment