Mulai tahun depan 2012, Kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda untuk memasang beg udara (airbag).
Setahu Dila kenderaan tempatan tidak dibekalkan dengan airbag bahkan pemasangannya ialah satu pilihan. Tetapi bagi kereta yang diimport memang sudah dipasang dengan beg udara (airbag) ini.
Terlintas difikiran Dila, mengapa tahun depan baru nak diwajibkan? Entahlah bak kata Nabil ` lu fikir la sendiri'. Tetapi bagaimana dengan kereta lama? Boleh ke pasang beg udara (airbag) itu. Kalau ada mesti mahal sebab setahu Dila pemasangan beg udara (air bag) di masukkan semasa proses pembuatan kereta.
Walaubagaimanapun Dila menyokong 100% pemasangan beg udara (Airbag) ini kerana ia boleh mengurangkan kesan hentaman kepada pemandu semasa kemalangan dan boleh mengurangkan korban akibat kemalangan.
Jangan kita `kedekut' untuk mengeluarkan wang untuk memasang beg udara (Airbag) kerana kita tidak dapat `menghidu' bila akan berlaku sesuatu kemalangan itu.
Ini idea Dila (boleh minta royalti ini he he he) kalau sesiapa yang boleh mencipta jaket/baju udara yang berfungsi seperti bag udara (airbag) juga ~ entahlah mungkin seperti jaket keselamatan semasa kita naik bot tu .. mungkin lebih murah dari bag udara (airbag. Boleh buat `business' ini.
Pernahkan anda dengar kisah ` A KILLER AIR BAG ? jika tidak sila KLIK DISINI..
Bagaimana `AirBag' berfungsi lihat video dibawah,
p/s : Dalam bas ekspress tak boleh pasang `airbag' ker ??
No comments:
Post a Comment