Assalamualaikum semua, lama juga Dila tidak kemaskinikan blog ini. Memang agak sibuk seminggu dua ini. Dila ingin ucapkan kepada Barisan Nasional diatas kemenangan Encik Mohd Azahar Ibrahim. Jangan lupa janji sudahlah. Kepada Pn. Normala Sudirman dari parti PAS jangan putus asa cuba lagi lain kali.
Tiba-tiba bencana banjir pula melanda, dengar khabar sudah lebih 40 ribu orang menjadi mangsa dari empat buah negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.
Johor sahaja terdapat lebih 30 ribu orang yang menjadi mangsa yang telah dipindahkan ke 241 pusat penempatan sementara banjir. Segamat diantara daerah yang paling teruk terjejas. Dinegeri Sembilan pula, Jempol merupakan kawasan paling awal dilanda banjir, dimana kira-kira 100 penduduk telah meninggalkan rumah masing-masing.
Nasihat Dila kepada ibubapa supaya menjaga dan memantau pergerakan anak-anak dan mematuhi arahan pihak berkuasa jika diminta berpindah berpindahlah. Diantara aspek lain pula ialah soal kebersihan jangan diabaikan terutama sekali kepada warga emas dan bayi.
Dila bersetuju dengan cadangan menyediakan pelan ramalan banjir peringkat kebangsan kerana ini dapat menyelamatkan nyawa tetapi juga meminimakan kerosakan harta benda.
Akhir kata kepada mangsa-mangsa banjir harap banyak bersabar dengan dugaan Allah ini.
p/s : Selalu banjir dihati !!! Malangnya tiada siapa yang TAHU ..
No comments:
Post a Comment