Followers

Search This Blog

Saturday, February 26, 2011

Dato Anwar Ibrahim Pendukung Pluralisma Agama ?

  
Dila tertarik dengan teguran Dato Harun Din - ketua Dewan Ulama Pas kepada Dato Anwar Ibrahim kerana beliau dikatakan menyokong `Pluralisme Agama'.  Dila pun mencari maklumat mengenai `Pluralisme Agama'  itu. Fahaman ini didukung oleh seorang rakyat England yang bernama John Hick atau nama penuhnya John Harwood Hick. Sila untuk mengetahui sejarah hidupnya.


Menurut Wikipedia ialah pluralisme agama ialah merupakan konsep yang luas mengenai penerimaan agama-agama yang pelbagai  atau dengan kata lain merupakan konsep kesamarataan didalam beragama. Mereka yang memang berfahaman ini beranggapan semua agama itu SAMA !!.

Diantara ciri-ciri  pluralisme agama. 

1. Kesetaraan atau persamaan (equality). Ajaran pluralisme agama mengajarkan semua agama sama dan setara, tak ada yang paling baik dan tak ada yang paling buruk.   

 2. Liberalisme atau kebebasan. Ajaran pluralisme agama mengajarkan hak kebebasan beragama, mereka boleh keluar-masuk agama. Hari ini seseorang boleh menjadi Muslim, esok menjadi Kristian, esok lusa menjadi Hindu, dan seterusnya. 

3. Relativisme. Ciri ini adalah implikasi dari ciri kedua.Ajaran pluralisme agama mengajarkan kebenaran agama relative / umum.  

4. Penolakan. Mereka yang berfahaman ini bertindak menolak identiti agama-agama yang asal dan berusaha untuk mencari persamaan. Mereka juga percaya kebenaran wujud dalam dua atau lebih agama dengan penekanan aspek-aspek yang diterima oleh agama-agama tersebut

5. Eksklusif - Fahaman ini berpendapat tiada suatu agama pun yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain.

6. Menggalakkan kerjasama dan dialog antara agama-agama yang berbeza bagi meningkatkan persefahaman.

Pandangan Islam Mengenai Pluralisma Agama
Fahaman ini  dengan fahaman ini adalah terpesong dari agama islam  dan haram kita mengikuti apalagi mengamalkannya. Islam menyokong dan menghargai toleransi diantara agama, tetapi tidaklah sampai ke tahap menganggap agama itu sama.

Dengan erti kata lain Islam tidak menganggap bahawa Tuhan yang disembah oleh orang Islam adalah Tuhan yang disembah oleh agama lain. 

Sebaliknya mengakui perbezaan dan identiti agama masing-masing (lakum diinukum wa liya diin atau untuk kamu agama kamu dan untuk aku agamaku) [Al Kaafiruun:6].

Strategi Untuk Memerangi Pluralisma Agama
    1. Majlis fatwa kebangsaan hendaklah mengeluarkan fatwa yang JELAS dan AMALAN-
       AMALAN  yang berkaitannya dengannya.


    2. Mengadakan majlis-majlis penerangan mengenai bahaya Pluralisma Agama kepada aqidah umat islam. Pada masa yang sama, orang bukan Islam perlu diberi penerangan tentang asas dan falsafah di sebalik ajaran Islam berkaitan dengan hubungan dan interaksi dengan penganut agama lain. 

    Dengan ini tidak akan timbul salah-faham terhadap ketegasan umat Islam dalam aspek ini. Mereka juga tidak akan secara sengaja terlibat dalam menganjurkan sesuatu yang boleh menjuruskan rakan-rakan Muslim mereka dalam gejala Pluralisme Agama.


    3. Kumpulan atau pun individu yang melakukan penyebaran fahaman ini hendaklah di tegur/dinasihatkan contoh teguran Dato Harun Din - ketua Dewan Ulama Pas kepada Dato Anwar Ibrahim.  Pihak berwajib pula boleh mengenakan tindakan undang-undang kepada kumpulan atau mereka yang menyebarkan secara berterusan.


    Contoh-Contoh Isu-isu Pluralisma Agama di Malaysia.
      
    1. Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.  
    Penganut Kristian contohnya telah menggunakan kalimah Allah didalam majalah mereka. Ini boleh memusnahkan sempadan pemisah  antara Islam dan agama-agama lain.

    2.  Peningkatan kes murtad.
    Contoh kes lina joy dan lain-lain lagi  ini ditambah pula dengan tindakan setengah pihak yang terang-terangan mencabar kes murtad ini di Mahkamah atas nama kebebasan beragama. !


    3.  Penubuhan IFC (Interfaith Commission / Suruhanjaya Antara Agama)
    Merujuk kepada usaha penubuhan platform dianggotai wakil pelbagai agama secara sama rata bagi menangani pelbagai isu-isu hubungan antara agama. Tuntutan-tuntutan di sebalik penubuhan IFC ini melibatkan usaha menyamakan kedudukan dan hak agama-agama lain agama Islam


    4. Isu pengharaman Yoga bagi umat Islam.
    Fatwa Kebangsaan mengharamkan penglibatan orang-orang Muslim dalam senaman Yoga kerana ada unsur-unsur agama lain di dalamnya. Boleh meleburkan pemisahan antara Islam dan agama lain.

    5. Penggunaan ayat-ayat al-Quran dan Hadis oleh orang bukan Islam dalam ucapan-ucapan politik. 
    Contoh parti DAP yang telah menggunakan surah Al-Quran didalam ceramah-ceramah politik mereka. Apa yang menghairankan Dila tidak seorang pun Islam yang menegur , NIK AZIZ  dari parti PAS pun menyokong !!!

    6.  Amalan mengucapkan salam Islam kepada orang bukan Islam. 

    7. Perkongsian Perayaan dan Acara Keagamaan.
    Penganjuran majlis-majlis sambutan hari-hari kebesaran agama secara bersama. Juga penyertaan orang-orang Islam khususnya pemimpin-pemimpin Muslim dalam acara keagamaan di rumah-rumah ibadat agama lain. 

    Bukti Dato Anwar Ibrahim pendukung pluralisma agama jelas kelihatan  didalam siri ucapannya di London pada 18 Mac 2010 yang bertajuk Religion and Pluralisme in a Divided World apabila Anwar dengan jelas menyokong fahaman tersebut.


    Ini pula tuntutan dari Suruhanjaya AntaraAgama Malaysia yang diketuai oleh Bar Council,

    1-Anak yang dilahirkan oleh ibu bapa islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang islam.
     
    2-Orang bukan Islam yang memeluk islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang.

    3-Kes orang islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil.

    4-Perkataan Islam tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang muslim.

    5-Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki memeluk  agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orangg Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

    6-Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

    7- Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

    8- Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

    9- Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

    10-Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

    11- Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.

    12- Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.

    13- Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnyadigunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

    14- Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

    Dila rasa sampai sini dulu, jika anda mempunyai  maklumat atau ingin memberi komen Dila amat alu-alukan. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara Islam dan Umat Islam di negara yang dicintai ini.

    No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Banner Nadilah @ Dila

    MELAYUBESTARIKU2

    Sharing

    MelayuBestari : Berita Sana- Sini

    Buka Mata

    GENERASI PEJUANG BANGSA

    Labels

    1 December 2009 1 malaysia 1000 langkah sehari 11 September 2011 901 Free Anwar AJL 2009 ALOR GAJAH Adap Menyambut Hari Raya Advice Agong ke 14 Aircon Aizat Al-Quran dibakar Allah Ambang 2011' Ambiga Sreenevasan Anjing Pencuri Kasut Awie Terima Kasih Ayam Azean Irdawaty Bag udara Bahaya Jering Bantal Peluk Barisan Nasional Belacan Belut Masuk Pundi Kencing Benjy BioMalaysia2010 Biotechcorp Bola Sepak Bola sepak Kelayakan OlimpikZonAsia Buang bayi Bulan Ramadhan Chinese New Year DAP Dato Anuar Ibrahim Dato Hassan Ali Dato Najib Tun Razak Dato Najib isytiharkan melaka maju2010 Dato Siti nurhaliza Datok K Datuk Sosilawati Lawiya Daulat Tuanku Deepavali 2011 Diwali Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 Elak Makan Di Meja Kerja Environmental Friendly Practices At Home Erni Dekritawati Yuliana Buhari Escalator FMM Faizal Yusof meninggal dunia Financial Planning Fitness and Diet Friendlyatheist Gabenor Negara Gay Sec Gereja H1N1 Malaysia Haji Bakhil Bin Kedut Hajjah Siti Al Wuzara Happy AIDS Day Happy New Year Happy New Year 2010 Hari Ibu Haram Hari Pekerja 1 Mei 2011 Harimau Malaya Hell Hospital Sultanah Aminah Ibrahim Ali Indonesia Info kesihatan Investment Isteri curang JAIS Japanese Jogging Sambil Curi Coli John Harwood Hick Johor KL KLCC KPDNKK Kalimah Allah Kampen Kurang Gula Kapit Jering Karam Singh Walia Katy Lim Li Lian Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan 2012 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kenangan DiBulan Ramadhan Keputusan Pilihanraya Kecil Tenang Ketidakseimbangan Gula Dalam Darah Komen Anda Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Koperasi dan Kepenggunaan Kutuk Pengetua Labu Labi Lawak Hari Ini Leonardo da Vinci Lim Guan Eng Luwack coffea Madah Bercinta Mak Nyah Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara Make money from hair Malaysia Broadband War Malaysia vs Bahrin 2011 Malaysian Apostate Manusia Sampah Maulidur Rasul 2010 Melaka Maju 2010 Mengelakkan Kecurian Kereta Merry Christmas Mesin Paling Hebat Didunia Motivation Namewee P Ramlee PAP PAS PKR Pathmanabhan Pelancongan Gay Pelatih PLKN Pen Spinning Pencuri Troli Pengemis Pengistiharan Melaka Maju 2010 Penyakit Umat Perhimpunan Bebas Anwar 901 Peringatan Personal Motivation Petua Rumah Petua.khasiat bawang putih Petua.putus cinta Piala Kelayakan Dunia Peringkat Asia Piala Thomas2010 Poor Old Man falls down Program Mukhayyam Program Skim Bantuan 1 Malaysia Program Transformasi Kedai Runcit Resepi Revolusi politik SIngapura Salam Maal Hijrah 2010 Sambutan Tahun baru 2012 Selamat Hari Natal Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha 2010 Selamat Menyambut Maal Hijrah 143 Selamat Pengantin Baru Selayang Baru Skim Harga Musim Perayaan Spam Email Sperma Statistik Penceraian Suami lumpuh isteri berseronok Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Sultan Kedah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia TUKAR Tahun Baru 2011 Takzirah Tan Sri DatoUngku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz Tanah Melayu Tazkirah Terima Kasih Tersepit Tip Semasa Bersahur Tip elak kebakaran Tip motivasi diri Tips Tokoh Maal Hijrah Tolong ingatkan ku Tragedi Tanah Runtuh Ulu Langat Train in Malaysia Tumor Udang goreng tepung Udo Omar Ulam Jering Underwater Photography University of Toronto Wallpaper Hari Raya Aidil Fitri 2011 Warga Emas Yahudi a killer air bag adap ziarah adil fitri aging air bag aktiviti cuti sekolah aman palestin amerika anak anak haram anak luar nikah anakgajah anuar Ibrahim anwar ibrahim anwar ibrahim latest ceramah 2010 artis baby eating badak sumbu badminto bahrin banjir bas ekspress batu belanjawaan2011 bencana dunia bendera malaysia berita berita kecantikan berita kemalangan berjaya bersedekah kepada anak yatim bersekedudukan biodata m.rajoli bird nest bizarre blogging body art bonds buah pinggang budget2011 burn cake cd chatting cheating in exam cicak cikgu shida cikgu suraya ciri wanita climate change cuti sekolah 2009 dataran merdeka kuala lumpur dato harun din depavali dera diabetes diabetis djengkolic asid doa akhir awal tahun ekspress senandung timuran faizal yusop festival of lights fomca food funny gempa bumi gigi sensitif gila seks gunung berapi guru guru kafa hani mohsin hari pengguna 2011 hematuria hosni mubarak indentiti makcik hajjah siti al-wuzara internet internet advice iron man islam isreal isteri gersang jakim jalani misbun jalur gemilang jantung jatuh bilik air jordan jual rambut bayar hutang kabah kacang soya kanta kartun politik kemalangan ngeri kencing berdarah kepala badak sumbu keputusan upsr kerengga keretapi tanah melayu berhad kerja kotor kesan suami curang kg pandan kisah artis kisah tauladan kondom kopi tahi musang kreatif ktmb kuih gunting kuih raya kuih siput kutuk Allah lady gaga falls down lagu bola malaysia harimau malaya lahir bayi dalam tandas lawak leptospirosis libya lose weight lubang tandas lucah lucy McRae m.rajoli meninggal maal hijrah2011 peringkat kebangsaan makam nabi muhammad make decision malaysia politics mancis mandul masalah jantung matahari mekah melayu mesir mobile banking monkey man muaturun retro murtad mutual fund mvp nabi sulaiman obama pakar kecantikan pekak badak pelanggaran pelik tapi benar pembentungan penang pendidik penyakit bawaan tikus peranchis perayaan diMalaysia perayaan tradisi pergolakan politik perhimpunan bersih 2 pertandingan mewarna photos piala dunia 2014 pin girl pluralisme agama politik pwtc rawatan selulit selulit relationship renungan untuk semua resulation rina rahman rogol roslin hashim sajak santa claus scammers sedekah jariah sejuk melampau seks seks bebas selamat tahun baru 2011 selamat tinggal 2010 sentul senyum raihan seo seterika sidang video siti nurdiana siti nurhaliza senyum skmm snowbird span spongebob sprm suami curang sumbang mahram syafiah tahun baru cina tekanan darah tinggi tenaga boleh diperbaharui tip Mengekalkan persahabatan tip perjalanan balik kampung tip rambut tren keretapi tv3 ubah wajah ubat kurap upsr ustaz asri rabani utusan malaysia wallpaper wan azizah wan cek daud ziarah raya zina