Maaf saudara/saudari Dila bukan nak `promote' ubat gigi mukmin, sensodyne dan colgate. Tetapi baru seminggu Dila mengalami gigi sensitif. Memang menyakitkan terutama sekali bila makan makanan atau minuman yang sejuk dan semasa mengosok gigi. Jadi Dila mencari maklumat lanjut mengenai gigi sensitif ini seperti punca, ubat gigi sesuai dan sebagai. Semoga dengan perkongsian ini dapat sedikit sebanyak memberi manafaat kepada anda semua.
Simptom-Simptom Gigi Sensitif

Rasa ngilu dah sakit yang tajam semasa minum minuman yang sejuk, mengosok gigi atau terkena angin
Punca gigi sensitif
Diantara punca gigi sensitif ialah kerana kehiperpekaan dentin (dentine hypersensitivity) atau dengan perkataan yang mudah ialah `kehausan' di permukaan luar gigi (enamel).

Kehiperpekaan dentin terjadi apabila dentin (lapisan tengah) gigi terdedah. Dalam keadaan normal dentin disaluti lapisan enamel di atas gusi dan simentum di bawah gusi. Dentin mempunyai lubang kecil dipanggil tubul. Dalam setiap tubul ada cabang saraf yang berasal daripada pulpa gigi (pusat saraf gigi).
Apabila dentin terdedah, suhu dan tekanan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menjejas cabang saraf ini dan inilah yang menyebabkan kehiperpekaan.
Diantara punca kehausan ini seperti,
1. Kerap memberus gigi
2. Meminum minuman bergas atau berkarbonat yang berlebihan
3. Teknik memberus gigi yang salah
Adalah dianggarkan kira-kira 57% dari penduduk dunia mengalami gigi sensitif dan 14% dari penduduk Malaysia mengalami masalah ini.
Teknik-Teknik Mengurangkan Kesan Gigi Sensitif
1. Gosok gigi dengan berus yang lembut.
2. Gunakan ubat gigi yang khas untuk gigi sensitif seperti Golgate Pro-Relief, Sensodyne,
Mukmin (Gamat + Garam Bukit) dan sebagainya.
3. Berjumpa doktor gigi secara berkala.
Ingin tahu teknik memilih ubat gigi - Ubat gigi berflorida, Ubat gigi sensitif, Ubat gigi pemutih, Ubat gigi anti bakteria dan sebagai sila ke
`Selamat Pagi Sayang'
Sumber rujukan
No comments:
Post a Comment