Cuba anda bayangkan jika sebatang pen dipakukan ke dinding untuk menggantung gambar. Apa akan terjadi pada pen tersebut? Sudah tentu akan pecah/ hancur dan pastinya tidak boleh digunakan lagi dan hanya layak dibuang ke tong sampah sahaja.
Setiap benda yang manusia ciptakan mesti ada tujuan/matlamat yang tertentu sebagai contoh sebatang pen dicipta hanya untuk tujuan menulis sahaja. Begitulah juga dengan manusia. Allah menciptakan manusia dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah dengan mengikut semua suruhan dan meninggalkan laranganya.
Jika manusia gagal sama ada sengaja atau tidak mengenal pasti `tujuan/matlamat hidupnya'. Hidup manusia akan hanya hidup bertuhankan hawa nafsu semata-mata dan tidak akan wujud didalam jiwanya perasan hamba kepada pencipta.
Manusia seperti samalah seperti sebatang pen tadi yang digunakan untuk memaku dinding dan akhir hanya layak digelar `manusia sampah' dan hanya akan dihumban ke dalam api neraka sahaja.
Oleh itu sama-samalah sentiasa insaf dengan tujuan/matlamat hidup ini kerana `sesal dahulu itu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'
No comments:
Post a Comment