Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan pembaca sekelian. Anda ada sahabat baik ? Ada bukan. Tahukan anda bagaimana kita boleh mengekalkan persahabatan anda kekal. Disini Dila ada sertakan beberapa tip untuk mengekalkan persahabatan anda.
Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita sendiri pun belum tentunya baik.
b. Bijak menyusun kata mengikut emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikirkan kesannya kepada sahabat anda.
c. Jika ada berita baik mahupun berita sedih, biarlah sendiri dia yang memberi tahu kepada rakan-rakannya. Itu tandanya kita menghormatinya. Jangan terlalu `busy body' dengan bercerita mengenai kehidupan sahabat.
d. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. Beri peluang kepadanya untuk bersendiri (privacy) , Jika anda terlalu berdampingan, mungkin menjemukannya dan secara tidak langsung kita hanya menyekat perhubungannya dengan orang lain.
e. Sekiranya sahabat anda sedang marah, beri peluang kepada dia untuk melepaskan kemarahanya. Jangan dibalas, diam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Kita harus menerima hakikat setiap orang ada pasang surut.
f. Jangan memburukkan sahabat anda di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t
g. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
i. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dgn sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya, begitu juga dengan perkara yang sensitif spt gaji, kenaikan pangkat dan hutangnya jangan ditanya.
j. Jika sahabat anda ada berkongsi hal-hal rahsia , anda mestilah menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
p/s : Berguna juga untuk mereka yang telah berumahtangga.
p/s : Berguna juga untuk mereka yang telah berumahtangga.
No comments:
Post a Comment