Pernahkan anda meniru semasa peperiksaan? He he soalan `cepu emas tu'. Dila memang pernah meniru masa disekolah menengah sebab tak ingat formula matematik tambahan. Tapi alhamdulliah dalam universiti belumlah pernah meniru. Bagaimana dengan anda ? Tepuk dada tanyalah diri masing-masing.
Sebagaimana yang kita tahu, dalam Islam meniru itu samalah seperti menipu dan pastinya perbuatan itu haram ini berdasarkan kepada hadis dibawah,
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ
قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)
Meniru didalam peperiksaan bukan sahaja dilakukan oleh remaja maksud Dila dikalangan pelajar sekolah tetapi dilakukan oleh orang dewasa sebagai contoh penjawat awam yang ingin naik pangkat. Sila lihat video ustaz idrus dibawah,
Bersama-sama ini Dila sertakan teknik - teknik meniru didalam peperiksaan (Awas perbuatan ini bukan untuk diamalkan sekadar pengetahuan sahaja)
Mr Bean : Cheating in Examination
Top Ten Ways to Cheat
Hai dila, macam-macam cara nak meniru !!
ReplyDeletehuu..bgus entry nie..
ReplyDeletesy bru melangkah ke alam universiti..sewaktu ad quiz rmai rakan y meniru atau mmbwa nota...
dan pastinya markah y mrka dpt smstinya cemerlang..bak kta mrka ini bkn zman skolah lg...di universiti kte harus mggunakan tktik itu..jka tdak xkmana la kta...
ada satu hr ad trlintas d fkiran sy utk brbuat sdemikian tp alhamdulillah hati sy tdk mmbri lmpu hjau :-)