Tidak dapat diterima akal itulah ayat pertama sekali yang bermain difikiran Dila. (Bodoh yer juga he he he )Itulah kisah seorang `mamat' asia ini yang mungkin `tension' kerana permohonan cuti yang ditolak oleh majikannya. Wow betul punya `tension' mamat `sorang' ini sanggup itu terjun bangunan Burj Khalifa di Dubai yang berketinggian 828meter bangunan tertinggi didunia tu.
Mungkin juga `mamat' ini nak pergi `dating' dengan kekasihnya tak ? Yerlah ` demi kekasihku lautan api sanggup direnangi, ala ini kan pula bangunan tinggi 147 tingkat yer tak ?
Apa-apa pun anda boleh baca kisah `mamat' yang menjadikan `kebanggaan' seluruh `mamat-mamat' Asia ini. Asian boleh !!!
DUBAI: Seorang lelaki Asia membunuh diri dengan terjun dari tingkat ke 147, bangunan pencakar langit tertinggi dunia Burj Khalifa di Dubai kelmarin kejadian kali pertama sejak menara itu dibuka tahun lalu, menurut pemilik bangunan dan laporan media tempatan.
Akhbar Gulf News dan 7 Days menyebut lelaki itu membunuh diri kerana tidak diberi cuti oleh majikannya.
Akhbar Gulf News dan 7 Days menyebut lelaki itu membunuh diri kerana tidak diberi cuti oleh majikannya.
Emar Properties, pemilik Burj Khalifa dalam satu kenyataan berkata kejadian itu membabitkan seorang lelaki dan ia dilaporkan berlaku jam 9 pagi waktu tempatan.
“Pihak berkuasa mengesahkan ia kejadian bunuh diri dan kami masih menanti laporan akhir,” kata Emaar. Beliau tidak mengulas lanjut.
Laporan media memetik pegawai keselamatan berkata lelaki itu jatuh dari tingkat 147 pada ketinggian 828 meter dan terhempas di dek pada tingkat 108. Ia adalah kejadian bunuh diri pertama daripada menara mercu tanda yang dibuka pada pada Januari 2010.
– bharian
Nota : Ingin tahu lebih lanjut mengenai menara burj khalifa ini sila ke http://en.wikipedia.org/wiki/Burj_Khalifa
No comments:
Post a Comment