Cuti sekolah memang waktu yang ditunggu-tunggu bukan sahaja buat anak-anak malahan ibubapa juga. Tidak dinafikan bapa pastinya mempunyai perancangan dan aktiviti untuk menenuhi masa lapang anak-anak pada musim cuti sekolah ini.
Berikut ada beberapa cadangan aktiviti untuk mengisi masa lapang anak-anak anda,
1. Bercuti dikampung halaman.
Ibu bapa boleh bercuti bersama-sama dengan anak untuk bercuti dikampung. Disamping memberi peluang anak-anak berjumpa atuk dan nenek, mereka juga boleh berjumpa sepupu-sepupu dan saudara-mara yang lain yang turut bercuti. Ini secara tidak langsung boleh mengeratkan tali siratulrahim diantara mereka. Suasana kampung yang berbeza dengan bandar membolehkan mereka merehatkan minda dan mengurangkan stress anak-anak.
2. Menghantar anak-anak mengikuti kem-kem motivasi.
Banyak kem-kem motivasi sama ada dianjurkan oleh sekolah atau pihak swasta yang boleh diikuti oleh anak-anak. Pada masa inilah ibubapa boleh `top-up' akhlak dan pengetahuan agama mereka. Berkorbanlah sedikit wang untuk menghantar anak-anak mereka ke kem-kem motivasi ini. Cuma pastikan pengisian program itu sesuai dan boleh membentuk sahsiah dan jati diri anak-anak.
3. Melancong dalam/luar negara.
Bagi ibubapa yang mampu bolehlah mengambil kesempatan sempena cuti sekolah ini dengan membawa keluarga bercuti bersama-sama sama ada dalam mahupun luar negara. Ini dapat mengeratkan hubungan keakraban diantara ibubapa dan anak-anak lantas membawa kepada keutuhan rumahtangga. Banyak tempat pelancongan yang ada didalam negara yang tidak kurang hebatnya contohnya langkawi, Sabah, Sarawak dan sebagainya.
Apa yang penting ibubapa hendaklah mengunakan cuti sekolah ini dengan sebaik-baiknya, janganlah sampai terlepas cuti sekolah baru nak ke sana ke mari. Jangan biarkan anak-anak anda menghabiskan cuti mereka dengan makan-tidur-menonton TV/Video-game sahaja. Waktu beginilah ibubapa dapat meluangkan masa dengan anak-anak disamping mendidik, menerapkan nilai-nilai agama, tatasusila dan sebagainya contohnya dengan solat berjemaah, mengaji Al-Quran dan apa sahaja aktiviti yang boleh mengeratkan kekeluarga.
Ingatlah keluarga yang bahagia punca kekuatan negara !!
No comments:
Post a Comment