Mengapa anda tidak digalakkan makan ditempat kerja?. Berikut ada beberapa sebab mengapa anda tidak makan dimeja kerja,
1. Otak tidak berehat - apabila anda makan dimeja kerja anda sebenarnya tidak memberi otak berehat dan menyegarkan diri berbanding apabila anda keluar ke gerai atau restoran dapat melegakan otak yang buntu akibat stress di tempat kerja.
2. Makan banyak- Anda akan cenderung makan lebih banyak ini kerana tumpuan yang diberikan untuk menyelesaikan kerja membuatkan anda senang lupa jumlah dan jenis makanan yang diambil.
3. Kurang Bersosial- Bila anda makan dimeja kerja menyebabkan anda kurang bersosial dengan rakan sepejabat dan tidak mengeratkan lagi hubungan anda dengan rakan sejabatan atau sepejabat anda.
4. Tidak bersih - Apabila makan ditempat meja makan, ini menjadikan meja kerja menjadi tidak bersih dan kadangkala berbau tidak nyaman. Meja kerja juga bukan tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat makan kerana menurut kajian dijalankan terdapat 719 bakteria di `keyboard' dan 846 bakteria di `mouse'.
5. Kurang pergerakan - Sudah tentulah anda kurang melakukan pergerakan jika anda makan dimeja kerja, dan ini kurang baik kepada kesihatan tubuh kita kerana kita disarankan berjalan 10 ribu langkah sehari.
Read how to eat in office
Read how to eat in office
No comments:
Post a Comment