Salam Ramadhan, malam ini Dila ingin mengajak anda bayangkan sebiji batu yang dicelup didalam air sehingga semua permukaannya basah, kemudian kita letak disebelah. Ambil pula span(sponge) celup dengan air yang sama untuk beberapa ketika sehingga semuanya basah. Kemudian keluarkan dan letakkan disebelah.
Apa yang terjadi pada batu tadi ? yer sudah tentukan kering dikebanyakan permukaan, sebaliknya span masih mengandungi air didalamnya walaupun diluar permukaannya kelihatan kering.
Ambil batu tersebut dan lempar ke dinding apa terjadi ? sudah tentu akan merosakkan dinding dan batu pun jatuh ke bawah yer tak?. Bagaimana pula kalau dilemparkan span ke dinding ? sudah pasti dinding tidak akan rosak malahan kita boleh perah air didalam span walaupun tidak sebanyak.
Apa moral disebalik experimen ini ? Andai kita ibaratkan si batu dan si span ini ialah manusia.
Manusia batu ini memang orang yang degil dan tidak mahu berubah bagai katak dibawah tempurung- walaupun telah banyak diberi nasihat dan telah banyak dihantar kursus-kursus beliau masih tetap `kering' dalam dan luar sama seperti permukaan batu yang terdedah.
Malahan jika beliau balik ke masyarakat atau organisasi beliau boleh merosakkan/menghasut ahli masyarakat atau orang disekeliling sama seperti batu yang merosakkan dinding.
Sebaliknya kalau manusia spesis span pula, bersikap terbuka dan boleh menerima pendapat orang lain. Beliau juga bersedia membantu dan mengajar orang lain. Jadi terpulanglah kepada anda untuk memilih sama ada batu atau span.
Dila : Suka Spongebob !!
No comments:
Post a Comment