Rambut yang sihat dan cantik sentiasa menjadi idaman setiap wanita. Rambut diumpamakan mahkota bagi wanita yang semestinya memerlukan perhatian dan belaian sewajarnya dari pemiliknya.Malahan ramai dikalangan wanita sanggup berhabisan ratusan ringgit sebulan mendapatkan rawatan di salon-salon kecantikan terutama dimusim-musim perayaan dan kenduri perkahwinan.
Walaubagaimanapun Dila suka mengingatkan diri ini dan anda rambut ialah sebahagian dari aurat wanita dan wajib ditutup. Sebab itulah sebagai wanita muslim wajib bertudung. Berikut beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh kita kepada rambut.
1. Terlalu kerap mencuci rambut. Ini kerana syampoo boleh menyebabkan terhakisnya minyak semulajadi rambut. Rambut akan menjadi kering dan tidak bermaya.
2. Mengelap rambut secara kasar dengan tuala. Rambut akan mudah putus dan gugur.
3. Bersikat rambut ketika rambut masih basah. Bila rambut masih basah rambut mudah putus.
4. Mencuci rambut sambil berendam. Ini kerana air mandi mengandungi sisa-sisa kulit,daki dan kotoran, ini akan sedikit sebanyak merosakkan struktur rambut.
5. Mengikat rambut ketat. Rambut yang ikat terlalu ketat, akan menyebabkan rambut mudah bercabang dan boleh menghalang pertumbuhan rambut.
6. Banyak proses. Rambut yang sering dikerinting dan diwarnakan akan menyebabkan lapisan protien hancur dan mengeringkan lapisan pori-pori.
7. Mengeringkan rambut dengan menggunakan hair-dryer. Ini akan menyebabkan kekeringan pada batang rambut menjadi kering dan rapuh (mudah gugur). Sebaik-baiknya gunakan kipas sahaja. Ingin tahu fakta-fakta mengenai rambut sila ke : Fakta Rambut
Sekiranya anda ingin tahu tip-tip penjagaan rambut sila ke :
2. Anne Ahira
No comments:
Post a Comment