Followers

Search This Blog

Wednesday, November 9, 2011

Rezeki Dari Najis

 Assalamualaikum dan Salam Adil Adha2011,

Macamana dengan Hari Raya Adil Adha anda. Mesti banyak makankan he he he. Samalah dengan Dila. Tak mengapa nanti diet semula yer tak?. 

Malam ini, Dila ingin berkongsi dengan anda mengenai rezeki dari najis haiwan. Mungkin anda pernah dengar mengenai kopi dari tahi musang?. Kepada yang belum lagi tahu, kopi tahi musang (luwak dalam bahasa jawa, Luwack coffea dalam English) merupakan kopi yang didapati dari najis musang yang makan buah kopi masak. Musang hanya makan lapisan luar, bahagian kulit keras yang mengandungi isi kopi akan dibuang sebagai najis. 

Dipasaran antarabangsa harga secawan kopi jenis ini boleh mencecah USD50.00, kerana dikatakan aroma lebih lazat, kurang kafin dan penawaran  seluruh dunia yang sangat kecil iaitu kira-kira 500kg setahun.

Untuk mengetahui lebih lanjut kopi ekostik yang cukup mahal ini sila lihat video dibawah ini,






JIKA dulu petani Filipina memburu dan membunuh musang civet yang memakan biji kopi mereka, tetapi haiwan itu kini dihargai selepas menyedari najisnya sangat berharga dan boleh membawa keuntungan.

Petani seperti Rustico Montenegro, 44, tidak pernah menyangka najis musang yang dulunya dibuang itu boleh memberikan pulangan lumayan. Tugasnya kini sudah bertukar daripada pemetik kopi kepada pengutip najis musang yang mengandungi biji kopi tidak hadam.

Musang civet hanya makan kulit luar biji kopi yang sudah masak, tetapi bahagian lain akan dikeluarkan semula melalui najis. Enzim dan asid dalam sistem pencernaan musang yang super aktif akan menghilangkan rasa pahit kopi dan memberikannya aroma buah-buahan yang kuat.

“Ia tidak mengandungi asid, biji kopi yang dikeluarkan (bersama najis) dalam bentuk sempurna dan rasanya pula sangat kompleks. Ada rasa rempah, ada rasa buah,” kata chef Jude Mancuya, penggemar kopi civet atau lebih dikenali sebagai kopi luwak, sambil menghirup kopi di salah sebuah kafe di Manila.

Mancuya membayar 295 peso (RM22) untuk secawan kopi, dua kali ganda harga kopi biasa lain di Manila, tetapi ia masih dianggap sangat murah berbanding harga yang dibayar penggemar kopi itu di Barat.

Di Amerika Syarikat, Heirloom Coffee di Massachusetts mengiklankan dalam laman webnya dua cawan kopi luwak berharga RM156 dengan pilihan biji kopi dari Filipina, Indonesia atau Vietnam.

Di New York, sebuah kedai kopi menjual biji kopi eksotik ini pada harga RM2,393 sekilogram. Bagi Montenegro dan petani lain di Lipa, bandar utama untuk industri kopi di Filipina yang terletak beberapa jam dari Manila, kegilaan masyarakat terhadap kopi musang itu mengubah hidup mereka.


Menurut Montenegro, biasanya dia dan isterinya mengutip sehingga lapan kilogram biji kopi sehari pada musim puncak iaitu antara Mac hingga Mei, kemudian mencucinya dengan air

mata air.

Biji kopi itu dijual pada harga 1,200 peso (RM89) sekilogram, pada musim puncak pasangan ini boleh membawa pulang kira-kira RM736 sehari, jumlah sa�ngat banyak bagi negara yang penduduknya hidup dengan pendapatan RM3 sehari.

Ketika kopi tidak berbuah, musang civet di situ akan makan buah-buahan hutan, betik dan pisang.


Ketika inilah pendapatan keluarga Montenegro akan merudum sehingga 500 peso (RM37) seminggu apabila mereka hanya menjual sayur-sayuran dan apa saja buah-buahan yang tidak dimakan musang berkenaan.


Montenegro menjual biji kopi yang dipungutnya kepada Vie dan Basil Reyes, pedagang yang mula menunjukkan minat terhadap kopi luwak pada 2004 dan kini menjadi pengeksport terbesar produk itu di Filipina.


Vie Reyes berkata, dia mula menyukai bau kopi berkenaan ketika bekerja dalam satu projek menyelamatkan pokok palma gula apabila cecair daripada tangkai bunga yang manis itu turut menjadi kegemaran musang civet.


Syarikatnya, Bote Central memproses cecair daripada tangkai bunga itu menjadi cuka mahal dan mengeksportnya ke Belgium, tetapi kini kopi luwak menjadi produk utama.


Bote Central menggandakan pengeluaran tahunan kopinya kepada tiga tan yang dieksport ke seluruh Asia dan Amerika Syarikat. Korea Selatan dan Taiwan turut menjadi pelanggan terbesar syarikat berkenaan.


Montenegro dan Reyes menyertai kerjasama untuk melindungi musang civet, walaupun semakin ramai petani dan pengeluar kopi menangkap dan mengurung haiwan itu dalam usaha meningkatkan penghasilan biji kopi.


“Saya kasihan dengan musang civet, kami seolah-olah membuka laluan untuk ia ditangkap kerana orang sekarang hanya memikirkan soal wang,” kata Reyes.


Dia menganggarkan 80 peratus kopi luwak di Filipina dihasilkan menggunakan musang yang dikurung - masalah sama seperti di Indonesia kerana manusia hanya mementingkan keuntungan.
- AFP

Nota : Jangan cari najis musang berjanggut sudah !

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Banner Nadilah @ Dila

MELAYUBESTARIKU2

Sharing

Labels

1 December 2009 1 malaysia 1000 langkah sehari 11 September 2011 901 Free Anwar AJL 2009 ALOR GAJAH Adap Menyambut Hari Raya Advice Agong ke 14 Aircon Aizat Al-Quran dibakar Allah Ambang 2011' Ambiga Sreenevasan Anjing Pencuri Kasut Awie Terima Kasih Ayam Azean Irdawaty Bag udara Bahaya Jering Bantal Peluk Barisan Nasional Belacan Belut Masuk Pundi Kencing Benjy BioMalaysia2010 Biotechcorp Bola Sepak Bola sepak Kelayakan OlimpikZonAsia Buang bayi Bulan Ramadhan Chinese New Year DAP Dato Anuar Ibrahim Dato Hassan Ali Dato Najib Tun Razak Dato Najib isytiharkan melaka maju2010 Dato Siti nurhaliza Datok K Datuk Sosilawati Lawiya Daulat Tuanku Deepavali 2011 Diwali Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 Elak Makan Di Meja Kerja Environmental Friendly Practices At Home Erni Dekritawati Yuliana Buhari Escalator FMM Faizal Yusof meninggal dunia Financial Planning Fitness and Diet Friendlyatheist Gabenor Negara Gay Sec Gereja H1N1 Malaysia Haji Bakhil Bin Kedut Hajjah Siti Al Wuzara Happy AIDS Day Happy New Year Happy New Year 2010 Hari Ibu Haram Hari Pekerja 1 Mei 2011 Harimau Malaya Hell Hospital Sultanah Aminah Ibrahim Ali Indonesia Info kesihatan Investment Isteri curang JAIS Japanese Jogging Sambil Curi Coli John Harwood Hick Johor KL KLCC KPDNKK Kalimah Allah Kampen Kurang Gula Kapit Jering Karam Singh Walia Katy Lim Li Lian Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan 2012 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kenangan DiBulan Ramadhan Keputusan Pilihanraya Kecil Tenang Ketidakseimbangan Gula Dalam Darah Komen Anda Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Koperasi dan Kepenggunaan Kutuk Pengetua Labu Labi Lawak Hari Ini Leonardo da Vinci Lim Guan Eng Luwack coffea Madah Bercinta Mak Nyah Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara Make money from hair Malaysia Broadband War Malaysia vs Bahrin 2011 Malaysian Apostate Manusia Sampah Maulidur Rasul 2010 Melaka Maju 2010 Mengelakkan Kecurian Kereta Merry Christmas Mesin Paling Hebat Didunia Motivation Namewee P Ramlee PAP PAS PKR Pathmanabhan Pelancongan Gay Pelatih PLKN Pen Spinning Pencuri Troli Pengemis Pengistiharan Melaka Maju 2010 Penyakit Umat Perhimpunan Bebas Anwar 901 Peringatan Personal Motivation Petua Rumah Petua.khasiat bawang putih Petua.putus cinta Piala Kelayakan Dunia Peringkat Asia Piala Thomas2010 Poor Old Man falls down Program Mukhayyam Program Skim Bantuan 1 Malaysia Program Transformasi Kedai Runcit Resepi Revolusi politik SIngapura Salam Maal Hijrah 2010 Sambutan Tahun baru 2012 Selamat Hari Natal Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha 2010 Selamat Menyambut Maal Hijrah 143 Selamat Pengantin Baru Selayang Baru Skim Harga Musim Perayaan Spam Email Sperma Statistik Penceraian Suami lumpuh isteri berseronok Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Sultan Kedah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia TUKAR Tahun Baru 2011 Takzirah Tan Sri DatoUngku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz Tanah Melayu Tazkirah Terima Kasih Tersepit Tip Semasa Bersahur Tip elak kebakaran Tip motivasi diri Tips Tokoh Maal Hijrah Tolong ingatkan ku Tragedi Tanah Runtuh Ulu Langat Train in Malaysia Tumor Udang goreng tepung Udo Omar Ulam Jering Underwater Photography University of Toronto Wallpaper Hari Raya Aidil Fitri 2011 Warga Emas Yahudi a killer air bag adap ziarah adil fitri aging air bag aktiviti cuti sekolah aman palestin amerika anak anak haram anak luar nikah anakgajah anuar Ibrahim anwar ibrahim anwar ibrahim latest ceramah 2010 artis baby eating badak sumbu badminto bahrin banjir bas ekspress batu belanjawaan2011 bencana dunia bendera malaysia berita berita kecantikan berita kemalangan berjaya bersedekah kepada anak yatim bersekedudukan biodata m.rajoli bird nest bizarre blogging body art bonds buah pinggang budget2011 burn cake cd chatting cheating in exam cicak cikgu shida cikgu suraya ciri wanita climate change cuti sekolah 2009 dataran merdeka kuala lumpur dato harun din depavali dera diabetes diabetis djengkolic asid doa akhir awal tahun ekspress senandung timuran faizal yusop festival of lights fomca food funny gempa bumi gigi sensitif gila seks gunung berapi guru guru kafa hani mohsin hari pengguna 2011 hematuria hosni mubarak indentiti makcik hajjah siti al-wuzara internet internet advice iron man islam isreal isteri gersang jakim jalani misbun jalur gemilang jantung jatuh bilik air jordan jual rambut bayar hutang kabah kacang soya kanta kartun politik kemalangan ngeri kencing berdarah kepala badak sumbu keputusan upsr kerengga keretapi tanah melayu berhad kerja kotor kesan suami curang kg pandan kisah artis kisah tauladan kondom kopi tahi musang kreatif ktmb kuih gunting kuih raya kuih siput kutuk Allah lady gaga falls down lagu bola malaysia harimau malaya lahir bayi dalam tandas lawak leptospirosis libya lose weight lubang tandas lucah lucy McRae m.rajoli meninggal maal hijrah2011 peringkat kebangsaan makam nabi muhammad make decision malaysia politics mancis mandul masalah jantung matahari mekah melayu mesir mobile banking monkey man muaturun retro murtad mutual fund mvp nabi sulaiman obama pakar kecantikan pekak badak pelanggaran pelik tapi benar pembentungan penang pendidik penyakit bawaan tikus peranchis perayaan diMalaysia perayaan tradisi pergolakan politik perhimpunan bersih 2 pertandingan mewarna photos piala dunia 2014 pin girl pluralisme agama politik pwtc rawatan selulit selulit relationship renungan untuk semua resulation rina rahman rogol roslin hashim sajak santa claus scammers sedekah jariah sejuk melampau seks seks bebas selamat tahun baru 2011 selamat tinggal 2010 sentul senyum raihan seo seterika sidang video siti nurdiana siti nurhaliza senyum skmm snowbird span spongebob sprm suami curang sumbang mahram syafiah tahun baru cina tekanan darah tinggi tenaga boleh diperbaharui tip Mengekalkan persahabatan tip perjalanan balik kampung tip rambut tren keretapi tv3 ubah wajah ubat kurap upsr ustaz asri rabani utusan malaysia wallpaper wan azizah wan cek daud ziarah raya zina