Lihat Jadual Dan Keputusan Olimpik 2012 - London Laman Web Rasmi Olimpik London 2012 |
Assalamualaikum, semalam bermula secara rasmi pembukaan Sukan Olimpik 20120 yang diadakan di Stratford di timur London bermula dari 27 Julai 2012 - 12 ogos 2012.
Malaysia telah menghantar seramai 30 atlet yang mewakili 8 sukan untuk menyertai Olimpik kali ini, termasuklah harapan negara Lee Chong Wei dan pasangan beregu utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta jaguh berbasikal trek, Azizulhasni Awang dan penerjun, Pandelela Rinong.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang dalam satu kenyataan akhbar, menyasarkan 4 pingat emas. Persoalannya sasaran 4 pingat emas impian atau khayalan semata-mata ?. Entahlah sama-sama kita lihat nanti.
Walaubagaimanapun semuanya tidak mustahil terjadi didalam sukan ini, lihat sahaja bagaimana Sepanyol tersungkur ditangan Jepun !!!. Yang pentingnya semangat juang yang kental dari para atlet-atlet dan doa restu dari 28 juta rakyat Malaysia tidak mustahil untuk mencapai sasaran pingat emas di Olimpik London 2012.
ATLIT negara yang meraih pingat emas di Sukan Olimpik London 2012 bakal menerima tambahan RM100,000 daripada RM1 juta ditawarkan di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) susulan persetujuan Telekom Malaysia Bhd (TM) memberi imbuhan berkenaan. Wow lumayannya !!
London yang terpilih buat kali ketiga (iaitu 1908, 1948 dan 2012) untuk menganjurkan Sukan Olimpik, telah berjaya mengatasi bidaan dari Moscow, New York, Madrid dan Paris.Untuk temasya sukan Olimpik 2012, London telah membangunkan 200 hektar dikawasan timur London yang sebelum ini merupakan kawasan perindustrian.
Berita baik untuk peminat sukan dinegara ini, mereka boleh boleh mengikuti siaran langsung Sukan Olimpik 2012 secara 3D melalui ESPN.
Apapun Dila & rakyat Malaysia berharap para atlet-atlet kita boleh mempamerkan pencapaian yang lebih baik daripada Sukan Olimpik Beijing 2008.
Sumber :
1. Sports.my 2. Road to London 3. Berita Harian 4. Utusan Malaysia 5. Harian Metro
6. Kbs 7.Xlupa 8. Wikipedia
Topik berkaitan
1. Cabaran atlit Malaysia Olimpik London 2012
2. Jadual Atlit Malaysia di Sukan Olimpik London 2012

Iklan Kecil
Khas untuk pemilik produa Jom tengok, Jadi pemilik terawal iPhone 5 di Malaysia... Ia mungkin milik anda, FOC. @ hari jer lagi. Cara terbaru pakai hijab. Pendapatan dari internet, percuma trafik,ingin jadi penterjemah, Ingin mencari barang kecantikan dan kesihatan murah
No comments:
Post a Comment