Assalamualaikum dan Selamat berpuasa semua. Hari ini sudah masuk hari ke 3 kita berpuasa. hari ini, Dila ingin berkongsi petua bagaimana untuk mengelakkan rasa lapar dan dahaga disiang hari. Diantara petua tersebut seperti berikut,
Semasa Bersahur
1. Jangan makan makanan yang berminyak dan berlemak. Contoh makan nasi goreng dan ikan masin.
2. Banyakkan minum air kosong atau jus buah tanpa gula. Ini kerana ketika siang hari tubuh badan kita akan kehilangan banyak air. Jadi memulakan puasa dengan pemulihan air adalah langkah yang bijak.
3. Makan makanan yang terdiri dari karbohirat yang kompleks seperti beras perang, ubi, spageti, nasi putih kerana jenis makanan tersebut adalah jenis kabohirat tahan lama dalam menukarkan kepada gula dalam darah.
4. Jangan lupa minum susu diakhir sahur, ini kerana susu dapat mengelakkan perut rasa pedih diwaktu tengahari. Ini susu sangat berguna bagi mereka ada gasterik.
Anda boleh melihat cadangan menu-menu sihat untuk bersahur dan berbuka disini. Anda boleh lihat banyak lagi pertua disini - Petua 1 & Petua 2
Topik yang berkaitan,
Iklan Kecil
No comments:
Post a Comment