Jangan pandang remeh wanita yang sedang marah . Ehsan Desktop |
Assalamualaikum semua bertemu kembali, kali ini Dila ingin berkongsi info mengenai marah.
Marah adalah suatu sifat semulajadi manusia, cuma perlu pada tempat dan masa yang betul, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu yer tak ?.
Marah adalah sifat yang pastinya ada dalam diri setiap manusia. Tidak kira apa pun pangkat dan darjat mahupun peringkat umur, pastinya akan mempunyai perasaan marah. Buaya pernah marah anaknya apa inikan pula Dila nie ha ha ha (jauhnya perbandingan ..)
Marah memang perlu didalam kehidupan ini, tapi marah jenis mana yang dibenarkan ?
Marah ini ada 3 kategori, iaitu :
a. Marah yang wajibkan
Marah jenis ini berlaku apabila kita melihat sesuatu perkara yang ternyata berlanggar hukum Islam sebagai contoh anak kita tak solat, wajib kita marah, kalau tidak kita berdosa.
b. Marah yang dicela
Contoh marah jenis ini ialah apabila orang telah minta maaf diatas kesilapannya tetapi kita masih lagi marah. Sepatutnya kita menerima permohonan maaf dengan hati yang terbuka tanpa sebarang syarat.
c. Marah yang berdosa
Marah jenis ini memang biasanya berlaku. Kita cepat marah walaupun diatas kesalahan kecil, siap dengan maki hamun lagi tu. Kalau tak percaya cuba bagi hon panjang kepada pemandu yang lambat bergerak waktu lampu hijau sudah lama.
Banyak teknik untuk mengatasi sifat pemarah melampau jemputlah lihat : Teknik atasi sifat marah, Teknik atasi marah kepada anak, Takzirah marah, Takzirah marah 2,Kenapa perempuan suka marah lelaki
Komen : Jangan selalu marah - marah nanti kena jual ..
Iklan : buat $$ dgn upload, siapakata pendek tak best, jalan-jalan cari $$, jalan-jalan cari $$2, Pendapatan tidak terhad.
No comments:
Post a Comment