Sempena tahun baru ini, apa cita-cita anda untuk tahun 2013 ini?. Ingin berumahtangga, membeli rumah, mendapat ijazah dan sebagainya tetapi banyak masalah dan rintangan yang menanti atau mesti ditempuh bukan?.
Secubit garam akan memasinkan segelas air, tetapi jika garam yang secubit itu dimasukkan kedalam sebuah teko, maka kemasinannya akan berkurang. Jika garam yang sama kuantitinya itu dilarutkan pula dalam sebuah baldi, sekolah malah sekolam air masinnya tidak akan terasa langsung.
Begitulah perumpanan diantara masalah dengan cita-cita. Masalah umpama garam manakala cita-cita seumpama air. Semakin besar cita-cita, maka semakin kecil masalah, seperti mana garam yang hilang kemasinannya apabila air bertambah.
Teknik ini diantara teknik yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin ulung untuk mendorong pengikutnya mencapai kejayaan yang lebih besar. Diantaranya Nabi Muhammad SAW didalam peperangan khandak di Madinah.
Jika kita selalu disusahkan atau dikalahkan oleh masalah-masalah semasa, itu bermakna cita-cita anda masih kecil. Jika cita-cita kecil bangsa yang kuat, gagah, bijak atau kaya sekalipun tidak akan mampu mencipta sejarah.
Cita-cita yang besar lahir daripada jiwa yang besar, Jiwa yang besar lahir dari keyakinan (keimanan) yang kuat. Oleh itu, jika kita ditimpa masalah atau ujian hidup, jangan meminta agar dikecilkan masalah atau ujian tersebut. Sebaliknya mintalah dibesarkan iman bagi menghadapinya.
Sumber : Majalah Motivasi
- Kongsi dan sebarkan berita dan dapat wang - senang & berkesan
- Bacaan Al-Quran Online
- Dapat bayaran setiap 30 saat
- Anda tidak pernah terfikir begitu senang buat duit.
- Ingin 1,000,000 traffic percuma ? Klik sini
- Pendapatan dari internet,
- Open Payment Processor Here. 100% Free
- Malaysian Most Trusted Affiliates
- Download E-Book Percuma
- Dapatkan Traffik Percuma Disini
- Find Your Side Income - Zero Investment
- Ingin jadi penterjemah,
- Ingin mencari barang kecantikan dan kesihatan murah
- Susah sangat cari `referral' ke mudah ke?. Ketahui Teknik Termudah
No comments:
Post a Comment