Wanita yang rajin baca label senang kurus |
RAMAI pengguna memilih untuk terus mengambil produk dari rak makanan
tanpa memeriksa labelnya terlebih dahulu.
Namun, bagi yang prihatin
dengan kandungan nutrisi makanan, golongan ini bertuah kerana amalan
memeriksa label pada bekas makanan berupaya membantu menurunkan berat
badan sehingga empat kilogram. !
Menurut penyelidikan skala besar yang dijalankan ke atas lebih 25,000
pengguna di Amerika Syarikat (AS), kumpulan pemantauan kesihatan yang
diketuai pensyarah Universiti Santiago de Compostela di Sepanyol, Maria
Loureiro mendapati pengguna yang memeriksa label makanan lebih prihatin
terhadap berat badannya.
Menerusi kajian yang dimuatkan di Jurnal Ekonomi Pertanian itu juga,
tabiat memeriksa label makanan mampu memberi kesan kepada pengamalnya.
“Golongan wanita didapati lebih peka terhadap kandungan garam, lemak,
gula, protein, serat, vitamin, dan mineral yang diambil. Sebanyak 74
peratus pengguna wanita lebih kerap memeriksa label nutrisi makanan
berbanding 58 peratus pengguna lelaki.
hari2 boleh buat benda ni.hehe
ReplyDelete