Assalamualaikum semua. Insallah tak lama lagi kita akan berpuasa Ramadhan 2014. Bertuahlah kalau orang yang memahami dan tahu besarnya keistimewaan bulan Ramadhan ini. Didalam bulan ini, semua orang Islam wajib berpuasa dari makan dan minum tetapi juga menjauhi diri dari perkara yang ditegah oleh Islam.
Berpuasa bukan sekadar ibadat ritual yang membantu kita menjaga kesihatan tetapi juga sebenarnya merupakan terapi jiwa. Misalnya dengan muhasabah diri kita boleh menanam sifat - sihat mulia dan murni seperti penyabar, pemurah dan prihatin. Apatah lagi didalam bulan Ramadhan kita digalakkan menggandakan amal jariah dan banyak bersedekah.
Oleh itu Dila menyeru kepada penghisap rokok tegar supaya dapat memberhentikan tabiat merokok dan juga kepada mereka yang sedang bergelut dengan masalah berat badan gunakan peluang ini untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai berat yang diingini. Kepada yang lain jangan jadikan Ramadhan ini sebagai ` PESTA MAKANAN/MINUMAN dengan membeli banyak makanan sehingga membawa kepada PEMBAZIRAN.
Akhir kata Dila mengucapkan selamat berpuasa dan semoga kehadiran Ramadhan tahun ini memberi keberkatan dalam setiap amalan yang kita lakukan
Salam penuh kemesraan dari ku
Nadilah Ismail
Nota : Ingin tahu persediaan yang perlu sebelum Ramadhan sila KLIK INI.

No comments:
Post a Comment