Assalamualaikum semua, semoga kalian sentiasa di lindungi Allah. Sekarang kita sudah sampai ke hari yang ke 24 Ramadhan, insallah hari Isnin 28 Julai 2014 kita akan berhari raya. Dikesempatan ini, Dila ingin memohon maaf sekiranya ada salah silap yang telah dilakukan dan Dila berharap kepada anda yang bakal pulang ke kampung supaya servis kenderaan anda dan sentiasa merujuk kepada masa cadangan perjalanan yang di sediakan oleh PLUS.
Tidak lupa juga salam takziah yang sangat mendalam dari Dila untuk semua ahli keluarga/sanak-saudara dan rakan penumpang MH71 yang ditembak di Ukraine. Tidak dapat Dila bayangkan betapa sayu dan sedihnya mereka di pagi Syawal nanti.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin Al -Fatihah..
Nota :
Semua yang didalam dunia ini, hanya dipinjamkan kepada kita, kita tak punya apa-apa. semuanya hak milik mutlak Allah.
No comments:
Post a Comment