Kejadian kira-kira pukul 6.50 petang itu berlaku dengan pantas menyebabkan
pekerja di situ yang turut menempatkan pusat jualan hanya sempat menyelamatkan
beberapa karpet sebelum api marak ke seluruh gudang.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat
negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian pada
pukul 7.05 malam untuk memadamkan kebakaran.
Jelas beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan
Penyelamat Nilai dan Mantin bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di sana 15
minit kemudian.
“Ketika tiba, api telah pun marak dan merebak dengan
cepat ke hampir seluruh gudang berkenaan.
“Pihak bomba melakukan kerja memadamkan kebakaran itu
sebaik tiba dan operasi itu berlarutan sehingga malam. Lapan jentera dari Balai
Bomba dan Penyelamat Nilai, Mantin dan Seremban terlibat bagi membantu
memadamkan kebakaran,” katanya.
Tambah Ahmad Mukhlis, sehingga pukul 10 malam, api masih
lagi marak kerana gudang tersebut amat besar.
“Kita menganggarkan gudang yang terlibat adalah
berkeluasan 25,000 kaki persegi,” katanya di lokasi kejadian.
Jelasnya lagi, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa
dilaporkan sehingga kini dan siasatan punca kebakaran serta jumlah kerugian
sedang dilakukan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan
Zaldino Zaludin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Kata beliau, seorang saksi memaklumkan dia ternampak
percikan api dari atas siling sebelum gudang berkenaan terbakar dan memusnahkan
keseluruhan struktur bangunan itu.
“Difahamkan gudang berkenaan milik sebuah syarikat
karpet yang besar dan telah beroperasi di sini sejak beberapa tahun lalu. Kita
akan meneruskan siasatan bersama pihak bomba untuk mengenal pasti punca
kejadian itu,” ujarnya.
Dalam pada itu, kebakaran yang berlaku lewat petang ini
telah menggemparkan penduduk sekitar Nilai kerana api yang menjulang tinggi
boleh dilihat dari jarak beberapa kilometer.
Ekoran kejadian itu, orang ramai yang berada di
sekitar pusat borong itu turut keluar menyaksikan kebakaran terbesar di Nilai 3
itu.
Kejadian
kira-kira pukul 6.50 petang itu berlaku dengan pantas menyebabkan
pekerja di situ yang turut menempatkan pusat jualan hanya sempat
menyelamatkan beberapa karpet sebelum api marak ke seluruh gudang.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian pada pukul 7.05 malam untuk memadamkan kebakaran.
Jelas beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai dan Mantin bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di sana 15 minit kemudian.
“Ketika tiba, api telah pun marak dan merebak dengan cepat ke hampir seluruh gudang berkenaan.
“Pihak bomba melakukan kerja memadamkan kebakaran itu sebaik tiba dan operasi itu berlarutan sehingga malam. Lapan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mantin dan Seremban terlibat bagi membantu memadamkan kebakaran,” katanya.
Tambah Ahmad Mukhlis, sehingga pukul 10 malam, api masih lagi marak kerana gudang tersebut amat besar.
“Kita menganggarkan gudang yang terlibat adalah berkeluasan 25,000 kaki persegi,” katanya di lokasi kejadian.
Jelasnya lagi, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan sehingga kini dan siasatan punca kebakaran serta jumlah kerugian sedang dilakukan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Kata beliau, seorang saksi memaklumkan dia ternampak percikan api dari atas siling sebelum gudang berkenaan terbakar dan memusnahkan keseluruhan struktur bangunan itu.
“Difahamkan gudang berkenaan milik sebuah syarikat karpet yang besar dan telah beroperasi di sini sejak beberapa tahun lalu. Kita akan meneruskan siasatan bersama pihak bomba untuk mengenal pasti punca kejadian itu,” ujarnya.
Dalam pada itu, kebakaran yang berlaku lewat petang ini telah menggemparkan penduduk sekitar Nilai kerana api yang menjulang tinggi boleh dilihat dari jarak beberapa kilometer.
Ekoran kejadian itu, orang ramai yang berada di sekitar pusat borong itu turut keluar menyaksikan kebakaran terbesar di Nilai 3 itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/gudang-karpet-terbesar-8232-di-nilai-3-musnah-terbakar-1.106842#sthash.zIbgbtgU.dpuf

No comments:
Post a Comment