Followers

Search This Blog

Tuesday, July 7, 2015

Pembelian Hartanah Oleh MARA


Pembelian hartanah di Australia oleh Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) dibuat lebih rendah daripada nilai semasa hartanah sekaligus mendatangkan keuntungan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata pelaksanaan pembelian hartanah di Australia adalah mengikut prosedur yang ditetapkan termasuk penilaian hartanah yang dibuat syarikat antarabangsa.

"Oleh itu Mara Inc tidak takut dan gentar dengan sebarang dakwaan dan akan beri segala maklumat yang diperlukan oleh pihak yang menyiasat. Yang saya faham (perjalanan) urusniaga itu adalah ikut peraturan.

"Pihak Mara Inc akan beri maklumat kepada pihak berkuasa termasuk SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas berhubung pembelian hartanah oleh Mara Inc di Australia.

Beliau yang ditemui selepas majlis pelancaran Penghayatan Wasatiyah dan Ihya' Ramadan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di German-Malaysian Institute di sini hari ini, turut menolak dakwaan pihak tertentu bahawa aset berkenaan dibeli dengan harga yang jauh lebih tinggi.

Mohd Shafie berkata hartanah 746 Swanson Street dengan penilaian semasa AUD43 juta (RM123 juta) telah dibeli MARA Inc pada 28 Ogos 2012 pada harga AUD41.8 juta (RM119.72 juta) dan bernilai AUD47 juta (RM134.62 juta) berdasarkan penilaian pada Disember 2014.

Hartanah Dudley International House dengan penilaian semasa AUD26 juta (RM74.46 juta) pula dibeli dengan harga AUD22.6 juta (RM64.72 juta) pada 25 Feb 2013 dan bernilai AUD$27.95 juta (RM80.04 juta) pada Disember 2014, katanya.

"Hartanah di 21 Queen Street dengan nilai semasa AUD23 juta (RM65.86 juta) semasa pembelian dibeli dengan harga AUD21.3 juta (RM60.99 juta) pada 29 Mac 2013 dan bernilai AUD$24.1 juta (RM69.01 juta) pada Disember 2014.

"Manakala hartanah di 333 Exhibition Street dengan nilai semasa AUD33 juta (RM94.49 juta) dibeli dengan harga AUD31 juta (RM88.97 juta) pada 29 Mac 2013 dan bernilai AUD34.2 juta (RM97.93 juta) pada Disember 2014," katanya.

Katanya Mara Inc akan menunggu sehingga siasatan SPRM berhubung pembelian hartanah di Australia selesai sebelum mengambil tindakan lanjut kerana Mara Inc tidak boleh bertindak berdasarkan dakwaan semata-mata.

"Pada masa ini semua kenyataan adalah berdasarkan dakwaan," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli bahawa terdapat pemimpin Pemuda UMNO terlibat dalam pembelian hartanah di Australia, Mohd Shafie berkata: "Ia tidak benar."

Sementara itu, Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa yang turut hadir pada majlis itu ketika ditanya mengenai pertemuannya dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata ia merupakan pertemuan biasa.

Akhbar Australia, The Age, baru-baru ini melaporkan seorang pegawai tinggi Mara, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan dana kerajaan secara berlebihan untuk membeli satu blok pangsapuri di Melbourne.

Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan itu dikenali 'Dudley International House', daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar MARA di Monash University.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Banner Nadilah @ Dila

MELAYUBESTARIKU2

Sharing

MelayuBestari : Berita Sana- Sini

Buka Mata

GENERASI PEJUANG BANGSA

Labels

1 December 2009 1 malaysia 1000 langkah sehari 11 September 2011 901 Free Anwar AJL 2009 ALOR GAJAH Adap Menyambut Hari Raya Advice Agong ke 14 Aircon Aizat Al-Quran dibakar Allah Ambang 2011' Ambiga Sreenevasan Anjing Pencuri Kasut Awie Terima Kasih Ayam Azean Irdawaty Bag udara Bahaya Jering Bantal Peluk Barisan Nasional Belacan Belut Masuk Pundi Kencing Benjy BioMalaysia2010 Biotechcorp Bola Sepak Bola sepak Kelayakan OlimpikZonAsia Buang bayi Bulan Ramadhan Chinese New Year DAP Dato Anuar Ibrahim Dato Hassan Ali Dato Najib Tun Razak Dato Najib isytiharkan melaka maju2010 Dato Siti nurhaliza Datok K Datuk Sosilawati Lawiya Daulat Tuanku Deepavali 2011 Diwali Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 Elak Makan Di Meja Kerja Environmental Friendly Practices At Home Erni Dekritawati Yuliana Buhari Escalator FMM Faizal Yusof meninggal dunia Financial Planning Fitness and Diet Friendlyatheist Gabenor Negara Gay Sec Gereja H1N1 Malaysia Haji Bakhil Bin Kedut Hajjah Siti Al Wuzara Happy AIDS Day Happy New Year Happy New Year 2010 Hari Ibu Haram Hari Pekerja 1 Mei 2011 Harimau Malaya Hell Hospital Sultanah Aminah Ibrahim Ali Indonesia Info kesihatan Investment Isteri curang JAIS Japanese Jogging Sambil Curi Coli John Harwood Hick Johor KL KLCC KPDNKK Kalimah Allah Kampen Kurang Gula Kapit Jering Karam Singh Walia Katy Lim Li Lian Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan 2012 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kenangan DiBulan Ramadhan Keputusan Pilihanraya Kecil Tenang Ketidakseimbangan Gula Dalam Darah Komen Anda Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Koperasi dan Kepenggunaan Kutuk Pengetua Labu Labi Lawak Hari Ini Leonardo da Vinci Lim Guan Eng Luwack coffea Madah Bercinta Mak Nyah Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara Make money from hair Malaysia Broadband War Malaysia vs Bahrin 2011 Malaysian Apostate Manusia Sampah Maulidur Rasul 2010 Melaka Maju 2010 Mengelakkan Kecurian Kereta Merry Christmas Mesin Paling Hebat Didunia Motivation Namewee P Ramlee PAP PAS PKR Pathmanabhan Pelancongan Gay Pelatih PLKN Pen Spinning Pencuri Troli Pengemis Pengistiharan Melaka Maju 2010 Penyakit Umat Perhimpunan Bebas Anwar 901 Peringatan Personal Motivation Petua Rumah Petua.khasiat bawang putih Petua.putus cinta Piala Kelayakan Dunia Peringkat Asia Piala Thomas2010 Poor Old Man falls down Program Mukhayyam Program Skim Bantuan 1 Malaysia Program Transformasi Kedai Runcit Resepi Revolusi politik SIngapura Salam Maal Hijrah 2010 Sambutan Tahun baru 2012 Selamat Hari Natal Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha 2010 Selamat Menyambut Maal Hijrah 143 Selamat Pengantin Baru Selayang Baru Skim Harga Musim Perayaan Spam Email Sperma Statistik Penceraian Suami lumpuh isteri berseronok Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Sultan Kedah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia TUKAR Tahun Baru 2011 Takzirah Tan Sri DatoUngku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz Tanah Melayu Tazkirah Terima Kasih Tersepit Tip Semasa Bersahur Tip elak kebakaran Tip motivasi diri Tips Tokoh Maal Hijrah Tolong ingatkan ku Tragedi Tanah Runtuh Ulu Langat Train in Malaysia Tumor Udang goreng tepung Udo Omar Ulam Jering Underwater Photography University of Toronto Wallpaper Hari Raya Aidil Fitri 2011 Warga Emas Yahudi a killer air bag adap ziarah adil fitri aging air bag aktiviti cuti sekolah aman palestin amerika anak anak haram anak luar nikah anakgajah anuar Ibrahim anwar ibrahim anwar ibrahim latest ceramah 2010 artis baby eating badak sumbu badminto bahrin banjir bas ekspress batu belanjawaan2011 bencana dunia bendera malaysia berita berita kecantikan berita kemalangan berjaya bersedekah kepada anak yatim bersekedudukan biodata m.rajoli bird nest bizarre blogging body art bonds buah pinggang budget2011 burn cake cd chatting cheating in exam cicak cikgu shida cikgu suraya ciri wanita climate change cuti sekolah 2009 dataran merdeka kuala lumpur dato harun din depavali dera diabetes diabetis djengkolic asid doa akhir awal tahun ekspress senandung timuran faizal yusop festival of lights fomca food funny gempa bumi gigi sensitif gila seks gunung berapi guru guru kafa hani mohsin hari pengguna 2011 hematuria hosni mubarak indentiti makcik hajjah siti al-wuzara internet internet advice iron man islam isreal isteri gersang jakim jalani misbun jalur gemilang jantung jatuh bilik air jordan jual rambut bayar hutang kabah kacang soya kanta kartun politik kemalangan ngeri kencing berdarah kepala badak sumbu keputusan upsr kerengga keretapi tanah melayu berhad kerja kotor kesan suami curang kg pandan kisah artis kisah tauladan kondom kopi tahi musang kreatif ktmb kuih gunting kuih raya kuih siput kutuk Allah lady gaga falls down lagu bola malaysia harimau malaya lahir bayi dalam tandas lawak leptospirosis libya lose weight lubang tandas lucah lucy McRae m.rajoli meninggal maal hijrah2011 peringkat kebangsaan makam nabi muhammad make decision malaysia politics mancis mandul masalah jantung matahari mekah melayu mesir mobile banking monkey man muaturun retro murtad mutual fund mvp nabi sulaiman obama pakar kecantikan pekak badak pelanggaran pelik tapi benar pembentungan penang pendidik penyakit bawaan tikus peranchis perayaan diMalaysia perayaan tradisi pergolakan politik perhimpunan bersih 2 pertandingan mewarna photos piala dunia 2014 pin girl pluralisme agama politik pwtc rawatan selulit selulit relationship renungan untuk semua resulation rina rahman rogol roslin hashim sajak santa claus scammers sedekah jariah sejuk melampau seks seks bebas selamat tahun baru 2011 selamat tinggal 2010 sentul senyum raihan seo seterika sidang video siti nurdiana siti nurhaliza senyum skmm snowbird span spongebob sprm suami curang sumbang mahram syafiah tahun baru cina tekanan darah tinggi tenaga boleh diperbaharui tip Mengekalkan persahabatan tip perjalanan balik kampung tip rambut tren keretapi tv3 ubah wajah ubat kurap upsr ustaz asri rabani utusan malaysia wallpaper wan azizah wan cek daud ziarah raya zina