TAK PEDULI,
TAK KISAH (ALA-ALA ADA AKU KISAH ?) ,
TAK MAHU AMBIL TAHU
LANTAK LA KOME
Mengapa Dila berkata sedemikian rupa ? Beberapa contoh ada dibawah seperti,
Tidak mendaftar sebagai pengundi - tak kisah hala tuju negara, tak kisah siapa perintah.
Kurang membaca buku atau mendengar berita apatah lagi mendengar ceramah agama
sama ada di radio atau dimasjid/surau. Sebaliknya terlalu banyak buang masa
melayari internet spt facebook, laman lucah, YM, Skype sewaktu dengannya dan juga banyak layan lagu/hiburan di TV atau radio !
Tidak peduli dengan penjualan tanah orang Melayu sama ada dikampung atau pekan kepada
bangsa lain. Yang penting bagi orang melayu ialah WANG !. Ada kedai bagi sewa kepada orang indonesia !!!
Tidak peduli anak menunggang motosikal/kereta tanpa lesen sama ada dikampung atau dikawasan perumahan untuk ke sekolah. Lebih ironiknya tak kisah sama ada mereka memakai topi keledar atau tidak.
Tidak peduli soal kebersihan dengan membuang sampah merata-rata sama ada dikawasan tempat tinggal mereka atau ditempat awam. Bagaimana pula dengan kebersihan tandas masjid atau surau ?? faham-faham sendirilah
Tidak peduli dengan membiarkan anak yang sepatutnya bersekolah tapi diperalatkan oleh golongan tidak bertanggungjawap untuk mengutip derma atas nama masjid, madrasah atau pun sekolah tahfiz.
Tidak peduli dengan diet dan kurang bersenam. Cuba anda pagi ahad/sabtu keluar ke taman, lihat kaum mana yang rajin bersenam ? berjogging ? orang Melayu ker?. Orang kita masih lagi `bersenam' kuak lentang' diatas tilam bersama anak/isteri/suami. Solat subuh pun ada yang `miss' atau SUBUH GAJAH !!! .
Tidak peduli peraturan/pegangan kepada islam. Contoh kes pembuangan bayi, Haji Ekspress, MURTAD, Gay, Lesbian, Rasul Melayu ,bersekedudukan tanpa nikah,berkhalwat dan macam-macam lagi.
Tidak peduli untuk menambah ilmu pengetahuan. Pergi sahaja di perpustakaan negara ataupun perpustakaan negeri, agak ramai orang Melayu kot !!. Sebalik lebih suka membawa anak/isteri/ ke SURE HEBOH, KARNIVAL WOW PUTRAJAYA, ANUGERAH AIM, MUZIK-MUZIK.
Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh ketidakpedulian orang Melayu. Sekiranya ada contoh Dila akan kemaskinikan untuk memberi sekelumit kesedaran kepada kaum Melayu. Dila juga amat berharap mendapat komen dan idea dari anda semua.
Dila tinggalkan anda semua dengan video dari Pak Pandir untuk renungan semua.
Ikuti kisah Pak Pandir,
