Gambar Ehsan Dari DariDapurSeorangIsteri. Jom tgk resepi Kari Kepala Ikan |
Assalamualaikum semua, selamat bercuti. Dila rasa inilah `post' resepi kedua didalam melayubestariku ini. Hari ini, Dila dan ibu masak sup kepala ikan merah saja jer malas nak bersantan-santan. (yang sebenarnya kelapa dah habis he he he ..)
Sup kepala ikan merah bukan sahaja sedap, berkhasiat tetapi juga senang hendak dimasak. Kepada sesiapa yang belum makan jomlah datang rumah..
Bahan-Bahan Sup Ikan Kepala Merah
1 Ketul kepala ikan Merah
2 biji cili merah dihiris nipis
2 biji tomato dibelah dua
3 labu bawang putih
4 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai di ketuk
1 keping tauhu dipotong dadu kecil
Sedikit garam secukup rasa
Daun sup dan daun bawang
1 pek sup bunjut kepala ikan
CaraPenyediaannya
1. Panaskan air didalam periuk sehingga mendidih
2. Kemudian masukkan halia, bawang putih, bawang merah, serai,sup bunjut
dan cili ke dalam periuk.
3. Masukkan tauhu dan tomato dikuti garam dan gula secukup rasa
4. Selepas itu masukkan kepala ikan merah tersebut.
5. Biarkan selama 15 minit sebelum menutup api. Masukkan daun bawang dan daun sup
sebelum dihidangkan.
Iklan Pendek
a. Ingin 1,000,000 traffic percuma ? Klik sini
a. Ingin 1,000,000 traffic percuma ? Klik sini
waaa tk pna mkn sup ikan
ReplyDelete