Followers

Search This Blog

Wednesday, August 31, 2011

Jom Tambahkan FOLLOWER

 
Salam Adil Fitri & Salam Kemerdekaan dariku Nadilah @ Dila 
 
Segmen ini dila wujudkan untuk menyahut cadangan murni En Aril untuk menambah follower. Dila menyeru  jom pakat ramai2.. ajak orang kampung.. kawan sekolah, kawan sekerja.. jadi follower kita dan berilah komen sikit.

ok: ni adelah segmen en aril..tq en aril.. Dila sudah buat.. hehe

Adap-Adap Menyambut Hari Raya

 Alhamdulliah kini kita telah pun menyambut 1 Syawal.  Penat betul hari ramai tetamu yang datang ke rumah ibu Dila, Berikut adap-adap  yang dianjurkan  oleh Islam didalam menyambut Hari Raya Adil Fitri.  Semoga dengan kesucian Adil Fitri kali ini tidak disambut dengan hiburan melampau, mercun, pesta pelita dan berbagai-bagai sebagainya.
 
Perkara Yang  Patut Dilakukan Pada Malam  Hari Raya.

Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda;

مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)


Selain itu, digalakkan juga memperbanyakkan doa pada malam hari raya kerana doa pada malam tersebut adalah mustajab. Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban’”. (Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 426, al-Majmu’, 5/47).

Apakah amalan-amalan yang sunat dilakukan pada hari raya?

1. Menyambut hari raya dengan laungan takbir dan memuji Allah

Pada hari raya kita digalakkan bersungguh-sungguh membesarkan Allah dengan melaungkan takbir, tahlil, tahmid dan tasbih. Sabda Nabi s.a.w.;

زَيِّنُوْا الْعَيْدَيْنِ بِالتَّهْلِيْلِ وَالتَّكْبِيْرِ وَالتَّحْمِيْدِ وَالتَّقْدِيْسِ
“Kamu hiasilah dua hari raya dengan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis”. (Riwayat Abu Na’im dari Anas r.a.)

Ini menjadi petanda kepada kita bahawa hari raya di dalam Islam adalah hari untuk mengagungkan Tuhan dan menzahirkan syiar agama, bukan hari untuk berseronok dan bersuka-ria semata-mata.

Takbir pada hari raya ada dua jenis;

a) Takbir Mursal atau Muthlaq (المرسل أو المطلق) iaitu takbir yang tidak terikat dengan sesuatu keadaan di mana ia dilaungkan dengan suara yang kuat di jalan-jalan raya, di masjid-masjid, di pasar-pasar, di rumah dan sebagainya di waktu siang atau malam.

b) Takbir Muqayyad (المقيد) iaitu yang dilaungkan selepas menunaikan solat sahaja.

Kedua-dua jenis takbir ini akan kita huraikan di hujung nanti di bawah tajuk khusus.

2. Mandi sunat

Disunatkan mandi hari raya sekalipun tidak berhasrat untuk menghadiri majlis solat hari raya kerana hari raya adalah yaum az-zinah iaitu hari perhiasan. Sunat mandi ini adalah berdasarkan amalan sahabat di mana Imam Malik meriwayatkan dari Nafi’ yang menceritakan;

أَنَّّ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ كَاْنَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ
“Sesungguhnya Ibnu Umar r.a. mandi pada hari raya fitrah sebelum keluar pada pagi hari raya”. (Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta’. Menurut Imam Nawawi; atsar ini adalah soheh)

Begitu juga dikiaskan kepada mandi hari jumaat. Selain dari mandi disunatkan juga menggunting atau mencukur rambut, memotong kuku dan menghilang bau-bau di badan dan pakaian kerana hari tersebut adalah hari raya, maka disunatkan perkara-perkara tersebut dengan dikiaskan kepada hari jumaat. Menurut Imam Ibnu Rusyd; sunat mandi hari raya adalah ijma’ ulamak. (Lihat; Bidayatul-Mujtahid, jil. 1, hlm. 283).


3. Berwangi-wangian dan dan memakai pakaian baru.

Berdalilkan hadis dari Hasan bin Ali r.a. –cucu Rasulullah- yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami pada dua hari raya supaya memakai pakaian sehabis elok yang kami perolehi, berwangi dengan wangian paling harum yang kami perolehi dan supaya kami menyembelih korban dengan binatang paling gemuk yang kami miliki”. (Riwayat Imam al-Hakim dan at-Thabrani).

Berkata Imam Ibnul-Qayyim; “Nabi s.a.w. memakai untuk dua hari raya pakaian baginda yang paling cantik. Baginda mempunyai jubah khusus yang dipakai baginda untuk dua hari raya dan juga hari jumaat”.


4. Beramai-ramai menghadiri tempat solat hari raya

Disunatkan pada hari raya umat Islam keluar beramai-ramai ke tempat solat hari raya termasuk kaum wanita (sama ada tua atau muda, yang berkahwin atau belum berkahwin, yang suci atau dalam haid) untuk sama-sama bertakbir, mendengar khutbah dan berdoa. Ummu ‘Athiyyah r.a. menceritakan;

“Kami (para wanita di zaman Nabi s.a.w.) diperintahkan supaya keluar pada hari raya (ke tempat solat) sehingga kami mengeluarkan anak gadis dari tabir/tirainya (*yakni kami mengeluarkan anak gadis kami dari biliknya untuk membawa mereka bersama-sama ke tempat solat), dan sehingga perempuan-perempuan yang kedatangan haid juga turut sama keluar di mana mereka duduk di belakang orang ramai; bertakbir bersama dengan takbir mereka dan berdoa bersama dengan doa-doa mereka serta mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya” (Riwayat Imam Bukhari).

5. Keluar awal ke tempat solat (kecuali imam)

Disunatkan hadir ke masjid atau tempat solat awal pagi selepas subuh kecuali imam di mana ia disunatkan hadir pada waktu solat hari raya hendak dilaksanakan.

Imam disunatkan hadir lebih awal –untuk memimpin solat- pada hari raya korban supaya solat dapat dilakukan lebih awal dan dengan itu dapat memanjangkan waktu untuk melaksanakan ibadah korban (kerana binatang korban sunat disembelih selepas imama selesai dari solat hari raya). Adapun pada hari raya fitrah, imam disunatkan melewatkan sedikit hadir untuk memimpin solat bagi memberi lebih masa kepada kaum muslimin untuk membayar zakat fitrah (kerana zakat fitrah afdhal dikeluarkan sebelum solat hari raya).

6. Menikmati juadah sebelum keluar (khusus bagi hari raya fitrah)

Disunatkan pada hari raya fitrah menikmati sedikit makanan sebelum keluar ke masjid atau tanah lapang bagi menunaikan solat. Sebaik-baiknya memakan buah tamar dan dengan bilangan yang ganjil. Adapun pada hari raya korban disunatkan menahan diri dari makan sehinggalah pulang dari menunaikan solat hari raya.

Diriwayatkan dari Ibnu Buraidah dari bapanya r.a. (seorang sahabat) yang menceritakan; “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada hari raya fitrah melainkan setelah baginda makan dan baginda tidak makan pada hari raya korban melainkan setelah beliau pulang”. (Riwayat Imam Ibnu Majah dan at-Tirmizi. Hadis ini adalah hasan menurut Imam Nawawi)

Anas r.a. juga menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada pagi hari raya fitrah melainkan setelah baginda makan beberapa biji tamar. Baginda makan tamar-tamar itu dengan bilangan yang ganjil’”. (Riwayat Imam Bukhari)

7. Keluar berjalan kaki dan melalui jalan berbeza ketika pulang

Disunatkan pergi ke tempat solat atau ke masjid dengan berjalan kaki dalam keadaan tenang. Apabila pulang, disunatkan melalui jalan yang lain dari jalan yang dilalui ketika pergi tadi. Ibnu ‘Umar r.a. menceritakan; “Rasulullah s.a.w. keluar untuk menunaikan solat hari raya dengan berjalan kaki dan pulang dengan berjalan kaki”. (Riwayat Imam Ibnu Majah)

Imam Bukhari meriwayatkan dari Jabir r.a.; “Adalah Nabi s.a.w. pada hari raya baginda melalui jalan yang berbeza (yakni ketika pergi melalui satu jalan dan ketika pulang melalui jalan yang lain)”. Dari Ibnu ‘Umar r.a.; “Sesungguhnya Rasulullah pada hari raya melalui satu jalan (ketika keluar menunaikan solat hari raya), kemudian baginda pulang dengan melalui jalan yang lain”. (Riwayat Imam Abu Daud dan al-Hakim)

Antara hikmahnya menurut ulamak ialah; supaya kedua-dua jalan serta penduduk sekitarnya dari kalangan manusia dan jin menjadi saksi kepada baginda dan juga untuk menzahirkan syiar Islam.

8. Segera mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat hari raya.

Disunatkan bersegera mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat hari raya dikerjakan. Ibnu Umar r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menyuruh agar dikeluarkan zakat fitrah sebelum keluar pada pagi hari raya untuk mengerjakan solat”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)

Mengeluarkan zakat fitrah selepas selesai solat hukumnya adalah makruh di sisi imam mazhab empat. Malah ada pandangan menyatakan; haram.


9. Mengucapkan tahniah, menzahirkan kegembiraan dan bersalam-salaman

Digalakkan pada hari raya mengucapkan tahniah sempena kedatangan hari raya, melahirkan rasa gembira dan seronok dan bersalam-salaman sesama kaum muslimin. Mengucapkan tahniah bersempena kedatangan hari raya adalah amalan para sahabat, oleh itu ia disyari’atkan. Al-Hafidz ibnu Hajar berkata; kami meriwayatkan dengan sanad yang baik (hasan) dari Jubair bin Nufair yang menceritakan; “Adalah para sahabat Rasulullah s.a.w. apabila saling bertemu pada hari raya, maka berkata sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain; ‘Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu’”. (Fathul-Bari ‘ala Soheh al-Bukhari)

Adapun galakan bersalam-salaman adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bersabda; “Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa, lalu mereka berdua saling berjabat tangan melainkan akan diampunkan bagi kedua-dua mereka sebelum mereka berpisah lagi”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Anas r.a. dengan sanad yang soheh menurut Imam Nawawi)

Mengenai galakan menzahirkan kegembiraan, terdapat hadis Rasulullah s.a.w. yang menyebutkan; “Senyumanmu di hadapan wajah saudara kamu adalah sedekah bagimu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Zarr r.a.)

Salam Adil Fitri dariku - Dila

Saturday, August 27, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya & Wallpaper Hari Raya Aidil Fitri 2011


Alhamdulliah sekarang kita telah pun berada di ramadhan ke 27.Tinggal beberapa hari sahaja kita akan menyambut Hari Raya AdilFitri, mengikut berita yang Dila terima kita akan melihat anak bulan pada petang hari Isnin dan akan diumumkan pada malamnya.

Lanjutan dari itu dengan rasa rendah diri Dila, memohon maaf zahir & batin sekiranya ada sebarang kesilapan dan terkasar bahasa sepanjang Dila menulis diblog ini. Kepada anda yang akan menaiki kenderaan untuk pulang ke kampung harap dapat memandu dengan sabar , bertimbang rasa dan mematuhi peraturan jalanraya.  Ingatlah orang tersayang !!. Biar lambat asal selamat !!.. Tidak lari kampung dikejar !!.

Kepada semua `Selamat Menyambut Hari Raya Adil Fitri'. Sekiranya anda berminat boleh download wallpaper hari raya 2011. Percuma sahaja.

Sample wallpaper Hari Raya 2011


Banyak lagi sample disini: Wallpaper
Banyak lagi sample wallpaper lagi disini.


WallPaper Untuk Ramadhan Al-Mubarak 2011

Assalamualaikum semua, Dila ingin berkongsi dengan anda wallpaper Ramadhan, maaflah kerana agak lambat tak terfikir pula pada awal-awal  Ramadhan. Insallah selepas ini Dila akan `post'kan  wallpaper Adil Fitri 2011 pula,





Ingin lihat banyak sample sila ke SAMPLE LAIN.

Anda boleh download semua di SINI. Downloadlah jangan malu-malu percuma sahaja.

Sumber : Balootisme

Tuesday, August 23, 2011

Kisah Gajah & Tren Keretapi


Ini kisah kemalangan diantara ngeri diantara tren keretapi KTMB dengan gajah. Kejadian ini telah menyebabkan ibu dan anak gajah mati. Sedihnya tidak sempat mereka hendak menyambut hari raya. Ini semuanya salah orang kampung yang membiarkan haiwan ini berkeliaran dilandasan keretapi. Sepatutnya haiwan ini ditambat ditempat-tempat yang selamat. ( he he he )

Silakan baca kisah ini,

Kira-kira 300 penumpang Ekspres Senandung Timuran, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Johor Bharu cemas selepas tren dinaiki merempuh dua ekor gajah dalam kejadian di Kilometer 407.5, Bukit Abu-Manek Urai, di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu, menyebabkan pemandu tren terbabit terpaksa memberhentikan kenderaan secara mengejut sebelum terpaksa melanggar ibu dan anak gajah terbabit yang dilihat sedang melintasi landasan berkenaan.

Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTMB, Fazil Ismail berkata, situasi mencemaskan itu menyebabkan perjalanan tren terbabit tergendala kira-kira enam jam sebelum meneruskan perjalanan kira-kira jam 4.30 pagi sebaik koc digantikan dengan yang lain.
“Kejadian berlaku ketika tren KTM berada antara Bukit Abu ke Manek Urai. Ketika itu, dua ekor gajah berkenaan dilihat sedang melintas jalan menyebabkan tindakan memberhentikan kenderaan terpaksa dilakukan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Meskipun pemandu lokomotif sudah membunyikan hon, tetapi berikutan jarak terlalu hampir menyebabkan berlaku rempuhan sebelum kedua-dua gajah terbabit maut, termasuk anak gajah terbabit tersepit di bawah koc, manakala ibunya pula tercampak ke dalam gaung,” katanya ketika di temui di lokasi kejadian, semalam.

Katanya, berikutan kejadian itu, pihaknya terpaksa menggunakan khidmat lokomotif dari Tumpat untuk membawa keluar tren berkenaan ke Kuala Krai, sebelum perjalanan diteruskan.
“Kami terpaksa menggunakan khidmat jengkaut untuk mengeluarkan anak gajah terbabit selepas tersepit di bawah lokomotif selepas terseret kira-kira 700 meter menyebabkan lokomotif berkenaan mengalami kerosakan sebelum ditunda ke Kuala Krai.

“Sebaik tiba di stesen terbabit, perjalanan kemudian diteruskan seperti biasa, manakala kejadian berkenaan tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada penumpang,” katanya.
Penduduk Kampung Slow Pak Long, Norzawawi Mohd Nor, 37, berkata kemalangan membabitkan dua ekor gajah itu diketahui kira-kira jam 9 pagi sebelum dia bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat situasi sebenar. myMetro

Nota :Teringat naik gajah di Expo MAHA !

Saturday, August 20, 2011

DAP Dalang Memurtadkan Umat Islam di Malaysia


 Malam ini Ramadhan ke 20, Diawal pagi yang amat hening ini, Dila ingin berkongsi dengan anda strategi yang telah dan akan digunakan oleh Agama Kristian untuk memesongkan / memurtadkan masyarakat Islam. 

Dila tertarik dengan topik ini kerana ada berita mengenai kelas tuisyen yang menyebarkan ajaran kristian dikalangan murid sekolah rendah dan kes pemeriksaan JAIS keatas gereja di Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya.

Ada berita yang menyatakan kes penyebaran agama kristian di tuisyen dilindungi dan dibiayai DAP iaitu Ahli Parlimen Seputeh, siapa lagi  kalau bukan Teresa Kok. Ini kerana pusat tuisyen berada dikawasannya. 


 (Ha Ha padan muka orang Islam !!..Patutkan kita hanya melihat ??)

Diantara strategi-strategi  yang dilakukan oleh pendakwah kristian ialah seperti berikut,
1.  Menghampiri golongan miskin dan setinggan dengan menawarkan bantuan kewangan dan sebagainya.

2. Menghampiri warga tua dirumah orang-orang tua dengan datang sebulan sekali memberi bantuan/perkhidmatan sambil berdakwah secara halus. Begitu juga dengan pesakit dihospital-hospital.

3. Berkomplot dengan parti politik yang anti islam/anti melayu seperti DAP bagai tujuan perlindungan dan sokongan kewangan.


4. Menerbitkan bahan-bahan bacaan Kristian dalam bahasa Melayu seperti buku dibawah ini. Malah di dalam sebuah laporan Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997, Jabatan Agama Islam Johor bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu. 

Buku-buku tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul. Sekali pandang kepada tajuk-tajuknya seolah-olahnya buku-buku agama Islam, inilah salah satu taktik mereka untuk cuba menarik minat orang-orang Islam untuk membaca buku-buku ini.

 Contoh buku-buku Kristian Dalam Bahasa Melayu


5. Menawarkan ganjaran yang lumayan bagi menarik seberapa ramai umat islam terutama mereka yang sangat-sangat terdesak. Adalah dianggaran 100 orang islam bertukar ke agama kristian dalam tempoh sebulan.  

A pastor who spoke anonymously to the Asia Times said he believed there was an average of 100 Muslims per month converting to Christianity throughout Malaysia. 
 
One Christian group estimated there were 30,000 Malay converts in total. Official figures are much lower, but many Malays convert secretly in order to avoid harassment - Balaams

“Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussaini Zakaria, seramai 200,000 orang Melayu Islam murtad dan ini adalah angka tiga tahun lepas,” kata Ann Wan Seng dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).

6.  Menggunakan Kuasa Mahkamah untuk mencabar Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Seperti penggunaan kalimah ` Allah' didalam majalah terbitan kristian.

7.  Mendesak kerajaan menubuhkan Hal Ehwal Bukan Islam.

8. Berkerjasama dengan DAP menubuhkan Malay Christian Association  (MCA)  (Sila rujuk wzw untuk maklumat lanjut) dan juga organisasi luar kristian negara.

Ini ada beberapa cadangan peribadi Dila bagi mengatasi masalah murtad ini,

1.   Jabatan Agama Islam sama ada diperingkat negeri hendaklah mengambil tindakan proaktif dalam mengenalpasti dan memantau kegiatan murtad oleh pendakwah kristian dikalangan orang islam.  

2. Orang ramai khususnya ibubapa wajib peka mengenai kegiatan anak-anaknya sama ada dalam atau diluar sekolah. Orang ramai juga mesti menjadi mata & telinga dalam menyampaikan maklumat mengenai aktiviti pendakwah kristian dikariah masing-masing.

3. Bantuan kepada asnaf hendaklah diagih dengan sebaik-baiknya, dan meluas supaya kita tidak terlepas pandang kepada golongan fakir/ miskin yang boleh dijadikan `target' kepada pendakwah kristian.

4. Aktiviti kesedaran seperti forum/ceramah agama islam mestilah diperluas sama ada dibandar atau pun luar bandar. Ini bagi menyuburkan dan mengukuhkan semangat dan ilmu islam kepada masyarakat terutama kepada generasi muda.

5. Jangan jadikan DAP  sebagai teman sebantal atau teman serumah kerana mereka jelas ANTI ISLAM. Walaupun agak keterlaluan, biar Dila berterus terang sahaja - PAS & PKR mesti keluar  dari Pakatan Rakyat. Rasionalnya lihatlah kes pemeriksaan Gereja diDamansara Utama Petaling Jaya, Kasian Dato Hassan Ali yang menjadi tekanan dari parti-parti dalam pakatan . Sedangkan PAS `kaku' untuk menyatakan pendirian PARTI.

Oleh kerana  masyarakat Melayu Islam sudah berpecah belah dek kerana parti. Senanglah kerja pendakwah kristian !!

Pada pendapat Dila, sekiranya dalam PRU13 nanti pakatan rakyat menang, Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri dan sudah pasti timbalannya Lim Guan Eng. Lim Guan Eng akan mendesak Anuar Ibrahim supaya tukar perlembangaan supaya perdana menteri boleh bukan islam dan bukan melayu.  

Oleh kerana Anuar Ibrahim sudah termakan banyak budi, beliau pun menukarkan perlembangan. Maka Lim Guan Eng pun mengambil alih kuasa menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pada masa itu AnuarIbrahim akan diseret semula ke mahkamah dan akhir disumbat ke Penjara Sg Buluh.

Anda tahu tak apa yang akan dibuat oleh Lim Guan Eng ???,

1. Melucutkan kuasa Raja - Raja Melayu termasuk Agung.
2. Melucutkan hak istimewa orang Melayu
3. Melucutkan Agama Islam sebagai Agama rasmi sebalik digantikan dengan Kristian
4. Mengharamkan Azan-azan diseluruh negara.
5. Mengambil-alih kuasa tentera dibawah kuasanya 
6. Menjadikan Malaysia sebagai negara Republik.
7. Menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaan

Masa itu orang melayu tidak boleh  apa-apa?? Bak kata orang  Sudah terantuk baru nak mengadah !!!.  Oleh itu dila menyeru supaya orang-orang kita berdoa kepada Allah supaya diberikan petunjuk dan hidayah kepada para pemimpin kita dan jangan sampai perkara ini berlaku. 

Apa yang penting sekarang ini ?? ialah kenalpasti siapa MUSUH kita yang sebenarnya iaitu DAP..

(Nota : Anda mungkin tidak bersetuju dengan pendapat dila atau mungkin ada buah fikiran yang bernas sila kongsikan bersama Dila,)


Saturday, August 13, 2011

PANAS Hajjah Siti Al Wuzara MENGAMUK !!!


Nampaknya kegiatan GaySec yang membongkar identiti Hajjah Siti Al-Wuzara atau nama sebenarnya Nor Arlene Tan bt Khalid menimbulkan kemarahan beliau sebalik beliau menafikan yang beliau bukannya Nor Arlene Tan bt Khalid  . Ini dizahirkan olehnya didalam wordpress seperti 
berikut,

`Jaga kau babi setan Gaysec. Ini penerangan yang terakhir dari makcik tentang hal ini. Lepas ni makcik tak akan layan bende merepek ni dan blog makcik akan terus mengganas lagi dan SKMM tidak akan menghentikan makcik!! Aktiviti makcik di internet tidak pernah mengancam keselamatan dan tidak pernah mengganggu kedamaian mana-mana pihak. Makcik hanya bersuara dan ini hak asasi kemanusiaan makcik untuk kata apa yang makcik suka. 

Untuk kali yang terakhir: Makcik tiada hubungan kait dengan minah Arlene Tan ni. Lagi pun, kami mempunyai banyak perselisihan fahaman dahulu antara perbincangan-perbincangan tahun lepas. Jadi, makcik jarang berinteraksi dengan minah nie dan makcik tidak kenal siapa minah ni dan tidak pernah jumpa dia pun. Perbincangan itu tidak dapat di kembalikan kerana akaun Facebook makcik yang lama sudah kene report oleh babi-babi penjihad pengikut babi Muhammad sebab makcik menuntut jalang betina jahanam Ustazah Siti Norbahyah meminta maaf atas ceramah die yang amat biadap melibatkan pengharaman Hari Valentine’s oleh JAIS dan makcik mencabar ustazah pengecut mulut cibai ini berdebat dengan makcik di kaca TV. Kaki2 jihad di internet menyerang dan report profile Facebook makcik sampai hilang. Oleh itu semua komen-komen yang makcik buat di kumpulan2 di laman Facebook hilang atau kelihatan sebagai “Post deleted”. 

Makcik langsung tidak rasa bersalah atau menyesal – tetapi makcik rasa babi Gaysec ini adalah setan yang paling kurang hajar membuat dosa berat di bulan Ramadan. Perkara ini memang amat sial dan kepada pihak yang mengugut supaya makcik minta maaf kepada Arlene Tan – kepala hotak kau lah! Perbuatan babi pondan Gaysec ini sangatlah jijik, serta pengikut2 mereka yang mengancam keselamatan Arlene, yang tidak ada sebarang kaitan dengan makcik langsung!! Ini salah mereka yang bertanggungjawab atas pendedahan maklumat sulit Arlene, bukan salah makcik!! makcik tidak mendedahkan nombor kad pengenalan Arlene, nomber telefon die, atau alamat rumah die. Gaysec dan pengikut mereka buat jadah setan nie sampai mengancam keselamatan Arlene!!

Korang memang dapat orang yang salah!! FAIL!! SUNGGUH FAIL!! Betina Arlene ini bukan murtad, bahalol!! Dia sendiri mengaku dia bukan murtad dan bangga sebagai seorang Muslimah yang sejati. Walaubagaimanapun, mengikut pandangan ulamak warak2, makcik boleh kategorikan pandangan Arlene terhadap kepercayaannya sebagai umat Islam ialah pandangan yang munafik sebab konsep liberal Islam telah dibangkang oleh ulamak2 di fakulti2 pengajian Islam di univerisiti2 di Malaysia (nanti makcik kongsikan satu penulisan tesis pasal konsep lahanat munafik liberal Islam yang ditinggi-tinggikan oleh para2 munafik yang sekepala dengan Arlene seperti Marina Mahathir dari Sisters in Islam). Babi-babi JAKIM, PAS, PUKIDA memang bengang dengan golongan umat Islam yang berfikiran cam nie kerana mereka berpegang kepada idologi Islam sebenar mengikut alsunnah dan pemerintahan politik Islam zaman babi Muhammad dan konco khalifah-khalifahnya.

Sejurusnya, Arlene sendiri membangkang terang-terangan terhadap inisiatif kumpulan yang makcik dan para2 murtadin tubuhkan untuk golongan murtad yang terperangkap dalam Islam di Malaysia untuk bersosial dan berkenalan antara satu sama lain. Arlene pernah membuat statement yang keras bahawa golongan murtad tiada hak untuk wujud, sebaliknya patut ikut jejaknya yakni, memeluk konsep Islam liberal dan bangga mengamalkan elemen-elemen yang memberi seseorang itu identitinya sebagai seorang umat Islam – konsep yang makcik bangkang sama sekali kerana ini bercanggah dengan nilai-nilai kepercayaan makcik, yakni kebebasan individu untuk memilih agama, kepercayaan, budaya, cara hidup, identiti sendiri tidak kira dari jubo agama/bangsa/kaum mana seseorang itu dilahirkan – hak ini tidak terkecuali daripada hak individu untuk juga menolak sebahagian atau seluruh elemen-elemen agama/kaum/bangsa tanpa paksaan. Tambahannya, makcik juga memperjuangkan hak kebebasan bersuara yang semakin terancam sejak kebelakangan ini di mana pembontot babi 1Nazi Najib Razak mengingkar janjinya bahawa internet tidak akan ditapis. Tetapi badan gomen lahanat cakap tak serupa bikin SKMM main bontot ngan Najib dan telah sekat blog makcik berulang-ulang kali!!

Oleh itu, siap lah babi setan stalker-stalker amateur pondan Gaysec. Makcik tahu korang dah nak berundur diri. Kene study untuk SPM Trial konon. Polis akan cari korang. Bersedialah untuk bertemu pentas dunia dengan kelahanatan dan kebabian kamu itu!!

Apa yang korang buat itu adalah jenayah berat yang mengancam keselamatan individu dan masyarakat!! Ini fitnah yang sangat besar dan perbuatan yang amat keterlaulan dan keji!!
Perbuatan babi lahanat Gaysec pondan peliwat yang tidak sedar diri ini tidak akan menghentikan aktiviti-aktivi dakwah makcik dalam Internet. Malah, perbuatan ini memudaratkan keselamatan orang lain dan ini bukan salah makcik! Allah swt babi nazak lahanat. Allahuakbar!!

Terus terang Dila nyatakan disini, Dila menentang si Hajjah ini, kerana beliau ibarat `DAJAL'
yang merosakan akidah umat islam . !!



Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara Dibongkar Oleh GaySec




Anda masih ingatkah pada kontroversi  Hajjah Siti Al-Wuzara - Seorang wanita penghina Islam dalam Facebook yang meletakkan gambar lady gaga dan babi diatas Kaabah sedikit masa dulu?


Kini identiti beliau telah berjaya dibongkar oleh GaySec, Dila mengucapkan tahniah dan syabas kepada GaySec yang telah berjaya dalam misi murninya itu, semoga maklumat yang didapati boleh digunakan oleh pihak berkuasa seperti SKMM dan sebagainya untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang menyalahgunakan teknologi untuk memburuk-buruk dan menghina ISLAM sebagai agama rasmi Malaysia tercinta . Allahukabar !!!

Ikuti pembongkaran identiti Hajjah Siti Al-Wuzara dibawah,
Dila akan membuat pemantauan mengenai post ini. Sungguh menarik `cyber war ini' 
Ya Allah ku pohon kepadamu,Jangan adalah keturunanku yang menjadi murtad !!



Wednesday, August 10, 2011

Tersangkut Dalam Lubang Tandas

Macam-macam cerita pelik semenjak dua menjak ini, terutama sekali berita dari luar negeri seperti budak tersepit dicelah bangunan, wanita tersangkut tangan di mesin `shradder', tersangkut tangan dilubang tandas  dan macam-macam lagi, 

Dalam negara kita pun tak kurang hebatnya, Sila baca kisah benar dibawah,


ALOR GAJAH: Seorang wanita warga emas terpaksa menanggung kesakitan hampir setengah jam selepas kakinya terjerumus lalu tersangkut ke dalam lubang mangkuk tandas di rumahnya di Pekan Kuala Sungga, Tebong, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kaki V Samala, 97, dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat yang tiba selepas dihubungi.

Cucu mangsa, P Ramesh, 40, berkata, ketika kejadian, semua ahli keluarga tidur dan dikejutkan dengan suara meminta tolong oleh neneknya.
“Kami semua terjaga lalu bergegas ke arah suara itu dan terkejut mendapati nenek terduduk di dalam tandas dan memberitahu kakinya tidak dapat dikeluarkan.

“Saya cuba mengeluarkan kaki nenek yang tersepit namun gagal lalu mengambil keputusan menghubungi pasukan bomba dan penyelamat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, bomba yang datang tidak lama selepas dihubungi berjaya mengeluarkan kaki neneknya dalam masa beberapa minit.
Ramesh berkata, neneknya mempunyai penglihatan kabur dipercayai bangun membuang air kecil sebelum kakinya terjerumus ke dalam lubang tandas.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2, dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Alor Gajah, Ho Yew Meng, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.05 pagi dan bergegas ke lokasi untuk melakukan kerja menyelamat.

“Kami menggunakan kaedah minyak masak dan sabun supaya kaki wanita itu mengecut bagi memudahkan ia dikeluarkan.

“Kaki mangsa dikeluarkan dalam masa kira-kira lima minit dan dia hanya cedera ringan di kakinya yang tersangkut,” katanya. HMetro

Nota : Tip untuk mengeluarkan anggota tersepit menggunakan gunakanlah minyak masak dan sabun !!


Ini pula kisah  gadisRussia yang cuba mengambil handphone didalam lubang tandas .Weeekkk !! Sanggup tu..http://englishrussia.com

Monday, August 8, 2011

Kisah Si Batu Dan Si Span


Salam Ramadhan, malam ini Dila ingin mengajak anda bayangkan sebiji batu yang dicelup didalam air sehingga semua permukaannya basah, kemudian kita letak disebelah. Ambil pula span(sponge) celup dengan air yang sama untuk beberapa ketika sehingga semuanya basah. Kemudian keluarkan dan letakkan disebelah. 

Apa yang terjadi pada batu tadi ? yer sudah tentukan kering dikebanyakan permukaan, sebaliknya span masih mengandungi air didalamnya walaupun diluar permukaannya kelihatan kering. 
Ambil batu tersebut dan lempar ke dinding apa terjadi ? sudah tentu akan merosakkan dinding dan batu pun jatuh ke bawah yer tak?. Bagaimana pula kalau dilemparkan span ke dinding ?  sudah pasti dinding tidak akan rosak malahan kita boleh perah air didalam span walaupun tidak sebanyak.

Apa moral disebalik experimen ini ? Andai kita ibaratkan si batu dan si span ini ialah manusia.  

Manusia batu ini memang orang yang degil dan tidak mahu berubah bagai katak dibawah tempurung- walaupun telah banyak diberi nasihat dan telah banyak dihantar kursus-kursus beliau masih tetap  `kering'  dalam dan luar  sama seperti permukaan batu yang terdedah. 

Malahan jika beliau balik ke masyarakat atau organisasi  beliau boleh merosakkan/menghasut ahli masyarakat atau orang disekeliling sama seperti batu yang merosakkan dinding.

Sebaliknya kalau manusia spesis span pula,  bersikap terbuka dan boleh menerima pendapat orang lain. Beliau juga bersedia membantu dan mengajar orang lain. Jadi terpulanglah kepada anda untuk memilih sama ada batu atau span. 

Dila : Suka Spongebob !!




SpongeBob SquarePants - The Complete 2nd SeasonSpongeBob SquarePants - The Complete 1st SeasonSpongeBob SquarePants - The Complete 3rd Season

Wednesday, August 3, 2011

Petua Bersahur Ramadhan



Alhamdulliah sekarang sudah 2hari kita semua berpuasa.  Dila  cuma nak sentuh mengenai  bersahur. Bersahur  ialah makan pada awal pagi dari segi hukumnya ialah sunat sahaja.


Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“HENDAKLAH KAMU MAKAN SAHUR, SESUNGGUHNYA BERSAHUR ITU SATU KEBERKATAN.”
Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Ayat diatas sudah jelas menyatakan bahawa sahur itu ada keberkatannya disisi Allah. Umat Islam disunatkan makan sahur, samaada bagi puasa wajib, mahupun puasa sunat, Biarpun kita ambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur keatas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberikan kesegaran untuk berpuasa pada hari esoknya.
Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dan dengan niat kerana Allah, insyallah Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan didalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang orang yang bersahur sahaja. Kita sunat  untuk melewatkan makan sahur.

Berikut beberapa tip bersahur,

1. Makan makanan yang kurang berminyak / bersantan, dan   masin sebaliknya lebihkan sayuran dan buah-buahan kerana merupakan sumber vitamin,fiber dan mineral yang dapat memberi kecergasan badan. Perut kita pun akan kenyang dlm jangkamasa yg panjang dan lebih penting kita akan kurang dahaga.

2. Makan makanan yg masih panas , Seloknya panaskan sayur dan kalau boleh goreng ikan
 kerana ia bukan sahaja membuka selera untuk makan sahur tetapi juga memudahkan pencernaan.



3.Pastikan makan secara sederhana iaitu tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Makan perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit.

4. Anda digalakkan untuk minum susu, ini adalah penting sebab susu boleh mengelakkan perut menjadi sakit/pedih terutama waktu tengahari. Bagi mereka yang ada gastrik amat-amat digalakkan.

5. Bagi mereka yang dalam kategori `tidur mati' adalah digalakkan supaya kunci jam 30 minit lebih awal dari masa yang anda sepatut bangun. Selain dari itu anda juga boleh meminta orang lain seperti ibu, kawan, saudara,jiran untuk menelefon anda pada waktu mereka bangun sahur.  Kepada semua umat Islam Dila ucapkan selamat bersahur. 


Jom tengok bagaimana upin & ipin bersahur 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Banner Nadilah @ Dila

MELAYUBESTARIKU2

Sharing

MelayuBestari : Berita Sana- Sini

Buka Mata

GENERASI PEJUANG BANGSA

Labels

1 December 2009 1 malaysia 1000 langkah sehari 11 September 2011 901 Free Anwar a killer air bag Adap Menyambut Hari Raya adap ziarah adil fitri Advice aging Agong ke 14 air bag Aircon Aizat AJL 2009 aktiviti cuti sekolah Al-Quran dibakar Allah ALOR GAJAH aman palestin Ambang 2011' Ambiga Sreenevasan amerika anak anak haram anak luar nikah anakgajah Anjing Pencuri Kasut anuar Ibrahim anwar ibrahim anwar ibrahim latest ceramah 2010 artis Awie Terima Kasih Ayam Azean Irdawaty baby eating badak sumbu badminto Bag udara Bahaya Jering bahrin banjir Bantal Peluk Barisan Nasional bas ekspress batu Belacan belanjawaan2011 Belut Masuk Pundi Kencing bencana dunia bendera malaysia Benjy berita berita kecantikan berita kemalangan berjaya bersedekah kepada anak yatim bersekedudukan biodata m.rajoli BioMalaysia2010 Biotechcorp bird nest bizarre blogging body art Bola Sepak Bola sepak Kelayakan OlimpikZonAsia bonds buah pinggang Buang bayi budget2011 Bulan Ramadhan burn cake cd chatting cheating in exam Chinese New Year cicak cikgu shida cikgu suraya ciri wanita climate change cuti sekolah 2009 DAP dataran merdeka kuala lumpur Dato Anuar Ibrahim dato harun din Dato Hassan Ali Dato Najib isytiharkan melaka maju2010 Dato Najib Tun Razak Dato Siti nurhaliza Datok K Datuk Sosilawati Lawiya Daulat Tuanku Deepavali 2011 depavali dera diabetes diabetis Diwali djengkolic asid doa akhir awal tahun Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 ekspress senandung timuran Elak Makan Di Meja Kerja Environmental Friendly Practices At Home Erni Dekritawati Yuliana Buhari Escalator Faizal Yusof meninggal dunia faizal yusop festival of lights Financial Planning Fitness and Diet FMM fomca food Friendlyatheist funny Gabenor Negara Gay Sec gempa bumi Gereja gigi sensitif gila seks gunung berapi guru guru kafa H1N1 Malaysia Haji Bakhil Bin Kedut Hajjah Siti Al Wuzara hani mohsin Happy AIDS Day Happy New Year Happy New Year 2010 Hari Ibu Haram Hari Pekerja 1 Mei 2011 hari pengguna 2011 Harimau Malaya Hell hematuria hosni mubarak Hospital Sultanah Aminah Ibrahim Ali indentiti makcik hajjah siti al-wuzara Indonesia Info kesihatan internet internet advice Investment iron man islam isreal Isteri curang isteri gersang JAIS jakim jalani misbun jalur gemilang jantung Japanese jatuh bilik air Jogging Sambil Curi Coli John Harwood Hick Johor jordan jual rambut bayar hutang kabah kacang soya Kalimah Allah Kampen Kurang Gula kanta Kapit Jering Karam Singh Walia kartun politik Katy Lim Li Lian kemalangan ngeri Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan 2012 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kenangan DiBulan Ramadhan kencing berdarah kepala badak sumbu Keputusan Pilihanraya Kecil Tenang keputusan upsr kerengga keretapi tanah melayu berhad kerja kotor kesan suami curang Ketidakseimbangan Gula Dalam Darah kg pandan kisah artis kisah tauladan KL KLCC Komen Anda kondom Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Koperasi dan Kepenggunaan kopi tahi musang KPDNKK kreatif ktmb kuih gunting kuih raya kuih siput kutuk Allah Kutuk Pengetua Labu Labi lady gaga falls down lagu bola malaysia harimau malaya lahir bayi dalam tandas lawak Lawak Hari Ini Leonardo da Vinci leptospirosis libya Lim Guan Eng lose weight lubang tandas lucah lucy McRae Luwack coffea m.rajoli meninggal maal hijrah2011 peringkat kebangsaan Madah Bercinta Mak Nyah makam nabi muhammad Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara make decision Make money from hair Malaysia Broadband War malaysia politics Malaysia vs Bahrin 2011 Malaysian Apostate mancis mandul Manusia Sampah masalah jantung matahari Maulidur Rasul 2010 mekah Melaka Maju 2010 melayu Mengelakkan Kecurian Kereta Merry Christmas Mesin Paling Hebat Didunia mesir mobile banking monkey man Motivation muaturun retro murtad mutual fund mvp nabi sulaiman Namewee obama P Ramlee pakar kecantikan PAP PAS Pathmanabhan pekak badak Pelancongan Gay pelanggaran Pelatih PLKN pelik tapi benar pembentungan Pen Spinning penang Pencuri Troli pendidik Pengemis Pengistiharan Melaka Maju 2010 penyakit bawaan tikus Penyakit Umat peranchis perayaan diMalaysia perayaan tradisi pergolakan politik Perhimpunan Bebas Anwar 901 perhimpunan bersih 2 Peringatan Personal Motivation pertandingan mewarna Petua Rumah Petua.khasiat bawang putih Petua.putus cinta photos piala dunia 2014 Piala Kelayakan Dunia Peringkat Asia Piala Thomas2010 pin girl PKR pluralisme agama politik Poor Old Man falls down Program Mukhayyam Program Skim Bantuan 1 Malaysia Program Transformasi Kedai Runcit pwtc rawatan selulit selulit relationship renungan untuk semua Resepi resulation Revolusi politik rina rahman rogol roslin hashim sajak Salam Maal Hijrah 2010 Sambutan Tahun baru 2012 santa claus scammers sedekah jariah sejuk melampau seks seks bebas Selamat Hari Natal Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha 2010 Selamat Menyambut Maal Hijrah 143 Selamat Pengantin Baru selamat tahun baru 2011 selamat tinggal 2010 Selayang Baru sentul senyum raihan seo seterika sidang video SIngapura siti nurdiana siti nurhaliza senyum Skim Harga Musim Perayaan skmm snowbird Spam Email span Sperma spongebob sprm Statistik Penceraian suami curang Suami lumpuh isteri berseronok Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Sultan Kedah sumbang mahram Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia syafiah Tahun Baru 2011 tahun baru cina Takzirah Tan Sri DatoUngku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz Tanah Melayu Tazkirah tekanan darah tinggi tenaga boleh diperbaharui Terima Kasih Tersepit Tip elak kebakaran tip Mengekalkan persahabatan Tip motivasi diri tip perjalanan balik kampung tip rambut Tip Semasa Bersahur Tips Tokoh Maal Hijrah Tolong ingatkan ku Tragedi Tanah Runtuh Ulu Langat Train in Malaysia tren keretapi TUKAR Tumor tv3 ubah wajah ubat kurap Udang goreng tepung Udo Omar Ulam Jering Underwater Photography University of Toronto upsr ustaz asri rabani utusan malaysia wallpaper Wallpaper Hari Raya Aidil Fitri 2011 wan azizah wan cek daud Warga Emas Yahudi ziarah raya zina