Malam ini Ramadhan ke 20, Diawal pagi yang amat hening ini, Dila ingin berkongsi dengan anda strategi yang telah dan akan digunakan oleh Agama Kristian untuk memesongkan / memurtadkan masyarakat Islam.
Dila tertarik dengan topik ini kerana ada berita mengenai kelas tuisyen yang menyebarkan ajaran kristian dikalangan murid sekolah rendah dan kes pemeriksaan JAIS keatas gereja di Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya.
Ada berita yang menyatakan kes penyebaran agama kristian di tuisyen dilindungi dan dibiayai DAP iaitu Ahli Parlimen Seputeh, siapa lagi kalau bukan Teresa Kok. Ini kerana pusat tuisyen berada dikawasannya.
(Ha Ha padan muka orang Islam !!..Patutkan kita hanya melihat ??)
Diantara strategi-strategi yang dilakukan oleh pendakwah kristian ialah seperti berikut,
1. Menghampiri golongan miskin dan setinggan dengan menawarkan bantuan kewangan dan sebagainya.
2. Menghampiri warga tua dirumah orang-orang tua dengan datang sebulan sekali memberi bantuan/perkhidmatan sambil berdakwah secara halus. Begitu juga dengan pesakit dihospital-hospital.
3. Berkomplot dengan parti politik yang anti islam/anti melayu seperti DAP bagai tujuan perlindungan dan sokongan kewangan.
4. Menerbitkan bahan-bahan bacaan Kristian dalam bahasa Melayu seperti buku dibawah ini. Malah di dalam sebuah laporan Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997, Jabatan Agama Islam Johor bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu.
Buku-buku tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul. Sekali pandang kepada tajuk-tajuknya seolah-olahnya buku-buku agama Islam, inilah salah satu taktik mereka untuk cuba menarik minat orang-orang Islam untuk membaca buku-buku ini.
Contoh buku-buku Kristian Dalam Bahasa Melayu
5. Menawarkan ganjaran yang lumayan bagi menarik seberapa ramai umat islam terutama mereka yang sangat-sangat terdesak. Adalah dianggaran 100 orang islam bertukar ke agama kristian dalam tempoh sebulan.
A pastor who spoke anonymously to the Asia Times said he believed there was an average of 100 Muslims per month converting to Christianity throughout Malaysia.
One Christian group estimated there were 30,000 Malay converts in total. Official figures are much lower, but many Malays convert secretly in order to avoid harassment - Balaams
“Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussaini Zakaria, seramai 200,000 orang Melayu Islam murtad dan ini adalah angka tiga tahun lepas,” kata Ann Wan Seng dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).
6. Menggunakan Kuasa Mahkamah untuk mencabar Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Seperti penggunaan kalimah ` Allah' didalam majalah terbitan kristian.
7. Mendesak kerajaan menubuhkan Hal Ehwal Bukan Islam.
8. Berkerjasama dengan DAP menubuhkan Malay Christian Association (MCA) (Sila rujuk wzw untuk maklumat lanjut) dan juga organisasi luar kristian negara.
Ini ada beberapa cadangan peribadi Dila bagi mengatasi masalah murtad ini,
1. Jabatan Agama Islam sama ada diperingkat negeri hendaklah mengambil tindakan proaktif dalam mengenalpasti dan memantau kegiatan murtad oleh pendakwah kristian dikalangan orang islam.
2. Orang ramai khususnya ibubapa wajib peka mengenai kegiatan anak-anaknya sama ada dalam atau diluar sekolah. Orang ramai juga mesti menjadi mata & telinga dalam menyampaikan maklumat mengenai aktiviti pendakwah kristian dikariah masing-masing.
3. Bantuan kepada asnaf hendaklah diagih dengan sebaik-baiknya, dan meluas supaya kita tidak terlepas pandang kepada golongan fakir/ miskin yang boleh dijadikan `target' kepada pendakwah kristian.
4. Aktiviti kesedaran seperti forum/ceramah agama islam mestilah diperluas sama ada dibandar atau pun luar bandar. Ini bagi menyuburkan dan mengukuhkan semangat dan ilmu islam kepada masyarakat terutama kepada generasi muda.
5. Jangan jadikan DAP sebagai teman sebantal atau teman serumah kerana mereka jelas ANTI ISLAM. Walaupun agak keterlaluan, biar Dila berterus terang sahaja - PAS & PKR mesti keluar dari Pakatan Rakyat. Rasionalnya lihatlah kes pemeriksaan Gereja diDamansara Utama Petaling Jaya, Kasian Dato Hassan Ali yang menjadi tekanan dari parti-parti dalam pakatan . Sedangkan PAS `kaku' untuk menyatakan pendirian PARTI.
Oleh kerana masyarakat Melayu Islam sudah berpecah belah dek kerana parti. Senanglah kerja pendakwah kristian !!
Pada pendapat Dila, sekiranya dalam PRU13 nanti pakatan rakyat menang, Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri dan sudah pasti timbalannya Lim Guan Eng. Lim Guan Eng akan mendesak Anuar Ibrahim supaya tukar perlembangaan supaya perdana menteri boleh bukan islam dan bukan melayu.
Oleh kerana Anuar Ibrahim sudah termakan banyak budi, beliau pun menukarkan perlembangan. Maka Lim Guan Eng pun mengambil alih kuasa menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pada masa itu AnuarIbrahim akan diseret semula ke mahkamah dan akhir disumbat ke Penjara Sg Buluh.
Anda tahu tak apa yang akan dibuat oleh Lim Guan Eng ???,
1. Melucutkan kuasa Raja - Raja Melayu termasuk Agung.
2. Melucutkan hak istimewa orang Melayu
3. Melucutkan Agama Islam sebagai Agama rasmi sebalik digantikan dengan Kristian
4. Mengharamkan Azan-azan diseluruh negara.
5. Mengambil-alih kuasa tentera dibawah kuasanya
6. Menjadikan Malaysia sebagai negara Republik.
7. Menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaan
Masa itu orang melayu tidak boleh apa-apa?? Bak kata orang Sudah terantuk baru nak mengadah !!!. Oleh itu dila menyeru supaya orang-orang kita berdoa kepada Allah supaya diberikan petunjuk dan hidayah kepada para pemimpin kita dan jangan sampai perkara ini berlaku.
Apa yang penting sekarang ini ?? ialah kenalpasti siapa MUSUH kita yang sebenarnya iaitu DAP..
(Nota : Anda mungkin tidak bersetuju dengan pendapat dila atau mungkin ada buah fikiran yang bernas sila kongsikan bersama Dila,)